.

.

Pages

MELAYU AKAN MENGEMIS DI KAKI DAP....

Friday, March 23, 2012


Assalamualaikum...



Malaysia bukan seperti Amerika iaitu tidak akan hancur hanya kerana Presiden atau parti memerintah bertukar. Di Malaysia, sekiranya kita tersilap memilih parti, akibatnya adalah lebih besar dari sekadar perubahan di peringkat kepimpinan dan hala tuju negara. 


Ini kerana parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mampu menjadi parti alternatif yang setara dengan kerajaan sedia ada kerana masing-masing mempunyai agenda yang bertentangan serta ekstrem.

Umum tahu bahawa walaupun pembangkang bergabung di bawah satu pakatan yang dipanggil Pakatan Rakyat, namun hakikatnya, mereka tidak pernah sepakat. Kita sedia maklum bahawa PKR ingin, atau sudah pun menguasai PAS, sementara kedua-dua PKR dan PAS pula, dikuasai penuh oleh DAP. 




Bukti bahawa DAP menguasai PAS dan PKR sudah terlalu banyak malah menjadi tunjang Pakatan Rakyat itu sendiri iaitu dengan tergadainya prinsip menubuhkan Negara Islam ‘impian’ PAS barulah gabungan parti-parti pembangkang ini dapat direalisasikan. 

DAP sanggup tidak bekerjasama dengan PAS jika Negara Islam tidak digugurkan tetapi PAS langsung tidak berani memberi syarat sebaliknya kepada DAP. 

Ini sudah cukup untuk menunjukkan betapa DAP amat berkuasa dan hanya DAP yang mempunyai hak mutlak menentukan keputusan, hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat kini memegang 76 kerusi dengan pecahan DAP 29, PKR 24 dan PAS 23. Baru 76 kerusi lagaknya seperti memegang kesemua kerusi di Parlimen.

Dalam pada itu, DAP juga sedang berkira-kira untuk meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu dalam PRU akan datang sekali gus mengenepikan PAS atau PKR dan menambahkan lagi kuasa mereka. 


PKR juga mempunyai calon-calon dari kalangan kaum Cina. Maka jangan kita sekali-kali lupa bahawa kaum Cina terkenal dengan sifat perkaumannya di mana kesetiaannya hanyalah kepada kaum dan bukan parti, negara, mahupun apa saja. Maka calon-calon Cina di dalam PKR juga akan merupakan sumber kekuatan DAP. 

Jika diambil kira ramalan Tun Daim Zainuddin, (yang mana selalunya benar) beliau menjangkakan sekurang-kurangnya 70% kaum Cina akan tetap menolak BN atau 15 kerusi MCA dan 2 kerusi Gerakan di Semenanjung ,akan jatuh kepada DAP. Andainya ramalan ini tepat maka kekuatan DAP pastinya akan berganda. 

Dengan gandaan sedemikian, dan kuasa yang sedia ada, pastinya PAS dan PKR tidak akan ada peluang pun untuk bersuara dalam Pakatan Rakyat. Sedangkan sekarang pun PAS dan PKR hanya mampu menikus apabila disergah atau dijegil oleh DAP.

Ketahuilah bahawa DAP punya senjata paling ampuh untuk membonekakan Anwar iaitu melalui Karpal Singh, peguamnya yang memegang segala rahsianya. 

Logik menyatakan untuk apa Karpal Singh membela Anwar sedangkan beliau yang mula-mula mendedahkan salahlaku seks Anwar di parlimen pada tahun 1997, jika bukan untuk menguasai Anwar? 

Justeru, buatlah pilihan dengan bijak dalam PRU nanti. Gunakan akal sendiri dan bukan emosi atau akal orang lain untuk menentukan masa depan negara ini. 

Ingatlah bahawa 13 Mei 1969 bermula kerana ketidakseimbangan dalam pembahagian kek ekonomi dan keangkuhan kaum Cina, dan sejarah pastinya berulang jika punca kejadiannya diulang juga.

Cuma, jika ia berulang ketika kuasa berada di tangan DAP, pengakhirannya tidak mungkin sama sepertimana ketika kuasa berada di tangan UMNO. 

2 ulasan:

Anonymous said...

terima kasih atas artikel ini. saya doakan bangsa melayu Islam tidak akan jd bodoh menggadai tanah melayu tercinta ini, masa depan jaminan hidup dan pelajaran anak cucu cicit kita...jgn undi pas, pkr atau na'uzubillah dap.

Anonymous said...

Memang ramai melayu berperangai:
Jual Melayu
Jual Agama
Jual maruah diri,
Suka bersekongkol dengan musuh Melayu
dan suka menjadi hambaabdi.
Harapkan Pagar,pagar makan padi!

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.