.

.

Pages

PENYELEWENGAN KAWASAN BALAK OLEH PAS

Tuesday, March 27, 2012

Assalamualaikum...


Peningkatan balak meningkat semasa pemerintahan PAS? Benarkah kenyatan ini ataupun sengaja diwar-warkan untuk mengaburi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang sudah sedia buta hati dan mata?

MKT lihat semakin lama semakin terbuka sedikit sebanyak pekung PAS Kedah berkenaan isu ini. Jika masih tertutup pekung ini, masakan billboard kebanggaan PAS di Bandaraya Alor Setar mengenai hasil balak telah diturunkan secara diam-diam? Inilah hikayat sebenarnya yang PAS Kedah sembunyikan...

Mengikut perjanjian antara Jabatan Perhutanan Negara, Kerajaan Negeri hanya dibenarkan mengambil hasil balak seluas 3,000 hektar/tahun. Semasa pemerintahan Kerajaan BN dahulu, keluasan yang dibenarkan adalah seluas 2,700 hektar/ tahun untuk dikaut hasilnya. Kerajaan BN dahulunya juga mengeluarkan lesen membalak adalah dengan kaedah RM1,000/ekar dan hasilnya seperti yang kebanyakkan rakyat sedia maklum.

Yang kecil pun dirembatnya juga. Patutlah naik hasilnya...
Pada zaman Kerajaan PAS Kedah hasil balak telah meningkat dengan begitu drastik dimana pada tahun 2008 hasil balak adalah sebanyak RM35 juta dan adalah mengejutkan hasil balak telah meningkat dengan hampir 3 kali ganda pada tahun 2011 iaitu RM80 juta. 

Rupa-rupanya kawasan penebangan balak telah diperluaskan mengikut suka hati mak bapak Kerajaan PAS sahaja. Daripada 2,700 hektar setahun pada zaman BN dahulu keluasan penebangan telah meningkat mendadak ke 6,000 hektar/tahun?

Untuk menghalalkan cara Kerjaan PAS telah mewartakan BALAK ANUGERAH kepada syarikat-syarikat yang bersetuju untuk menjadi 'funder' sewaktu PRU nanti.

Kerajaan Kedah PAS telah mewartakan yakni Kerajaan Kedah telah mengalami defisit sebanyak RM20 juta. Persoalan yang timbul adalah takkan lah hasil balak sudah meningkat, himpunan cukai arak dan lesen pusat hiburan yang bercambah sekarang ini tetapi Kerajaan Negeri masih lagi mengalami defisit? Kemanakah wang tersebut dibelanjakan?

Hebat!!...Sememangnya PAS dan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang lain bijak mengatur perancangan mengaut hasil negeri dan terus dimasukkan ke dalam poket mereka. 

Patutlah hasil balak meningkat mendadak rupa-rupanya kawasannya telah diperbesarkan tanpa persetujuan daripada Jabatan Perhutanan Negara. Ini bermakna, Kerajaan PAS Kedah telah melanggar perjanjian yang telah dipersetujui.

Mengapa pula Jabatan Perhutanan Negara atau Kerajaan Pusat tidak mengambil tindakan? MKT rasa tidak perlu kerana jika ambil tindakan sekalipun, soon or later Kerajaan Kedah akan kembali semula ke tangan UMNO/BN. Jadi buat apa nak menyusahkan diri sedangkan orang lain yang membuat tahi?

Betul tak?...


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.