.

.

Pages

NUKILAN TROOPER...BANGSA MELAYU TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN MANA-MANA NEGARA SEKALIPUN

Tuesday, March 27, 2012


“ ANDA KENA TAHU NIAT JAHAT LEE KUAN YEW KETIKA ITU ADALAH UTK MEREBUT MALAYSIA KERANA SEJARAH MEMBUKTIKAN, LEE KUAN YEW MENANGIS KESEDIHAN KETIKA SINGAPURA DI KELUARKAN DARI MALAYSIA KERANA RANCANGAN MERAMPAS MALAYSIA GAGAL, JIKA BUKAN TUANKU ABDUL RAHMAN BIJAK…DI MANAKAH KITA ORG2 ISLAM MELAYU KETIKA INI? SEDAR DAN BERSYUKUR LAH UMAT ISLAM…MELAYU ISLAM SINGAPURA KINI ADALAH PENGAJARAN BUAT KITA…YA ALLAH KU BERSYUKUR DAN TERIMA KASIH TUANKU ABDUL RAHMAN DI ATAS KEBIJAKSANAAN UMNO”

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan] Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malaysia". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu.. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.. Inilah sebabnya Singapura dipisahkan dari Malaysia.
nukilan Nurul Nizam


Assalamualaikum...

Apa kena mengena PAP Singapura dengan DAP Malaysia? PAP dan DAP adalah entiti parti yang berlainan. Dasar parti juga tidak sama antara kedua-dua parti itu.


Mungkin itulah alasan-alasan jumud juak-juak Melayu DAP yang masih mengagung-agungkan pemerintahan dari parti yang terang-terang memusuhi bangsa Melayu.


Segala budi dan kebaikan yang ditaburkan kepada bangsa Melayu hanyalah bersifat 'ada udang disebalik batu'. Tiada keikhlasan yang dapat dibuktikan oleh parti DAP dan PAP.

Mungkin juak-juak Melayu DAP akan mengatakan bangsa Melayu di Singapura sudahpun maju dalam segala hal. Pada pendapat MKT, tidak juga.

Cuba imbas kembali lagu dari anak muda Singapura iaitu Ahli Fikir di dalam lagu mereka bertajuk 'Angguk-angguk, Geleng-geleng'. Bukankah itu juga luahan hati anak muda yang masih ada sekelumit Melayu di dalam dada mereka?

Hanya pengampu Cina DAP sahaja yang masih menafikan kebenaran ini.

MKT cuma hendak bertanya satu soalan sahaja kepada juak-juak Melayu DAP. 

"Jika negara ini tumbang ke tangan DAP dan segala-galanya ibarat indah khabar dari rupa, bagaimanakah kamu semua hendak mengembalikan semula negara ini kepada yang berhak?"

Dengan cara pilihanraya ataupun berdemo kembali? 

Yang pastinya negara ini tidak akan sesekali akan pulang ke tangan bangsa Melayu selama-lamanya.

Cuba lihat Singapura, berapa keratkah kepimpinan atasan negara tersebut terdiri dari golongan Melayu ataupun India?

Fikir-fikirlah sejenak.....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.