.

.

Pages

PENGHINAAN ISLAM..SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN?

Wednesday, March 14, 2012

Assalamualaikum...


Cerita penghinaan terhadap agama Islam kebelakangan ini adalah cukup membimbangkan. Umpama senario yang tiada noktah penghinaan demi penghinaan. Dari ungkapan hinggalah berkarya. Dari yang berkelahirannya kafir hingga berkelahiran Islam. Semuanya menghina kesucian Islam. Persoalannya mengapa?

Pada pendapat MKT, selagi umat Islam masih berpecah belah dan mementingkan hal-hal peribadi, alamatnya selagi itulah Islam akan terus dihina dan dipermain-mainkan.


Didikan agama bukanlah persoalannya. Kerana adalah mustahil setiap insan yang dilahirkan tidak dipusakai dengan agama. Hatta seorang umat Islam itu jahil sekalipun, masih ada terdapat ibubapanya yang ada setitik ilmu didalam dada mereka mengenai agama.


Umat Islam adalah satu umat yang gah pada satu ketika dahulu tetapi mundur apabila kedua-dua fenomena diatas dijadikan kiblat untuk kehidupan. 

Perpecahan demi perpecahan telah berlaku kepada setiap bangsa yang beragama Islam. Ada sahaja agenda atau isu untuk dijadikan alasan untuk berpecah walaupun ianya hanyalah perkara yang cukup remeh. 

SILA KLIK UNTUK BESARKANNYA
Tidak perlu melihat keadaan di luar negara, cukup hanya melihat ke dalam negara kita sendiri. Bersatukah bangsa Melayu Islam dibawah satu payung perpaduan? Jika dalam keadaan sebegini, bagaimanakah kesucian Islam dapat ditegakkan? dari sudut politik hinggalah ke kawasan kejiranan. Dimulut sahaja mengaku melaksanakan Islam tetapi pada hakikatnya perbuatan menjurus kepada munafik.

Kepentingan peribadi diutamakan melebihi keperluan agama Islam itu sendiri. MKT lihat masyarakat Melayu Islam sudah pupus nikmat memperjuangkan agama apabila dijanjikan hal-hal yang berkepentingan dengan keindahan dunia. MKT tidak menafikan betapa pentingnya duit di dalam kehidupan tetapi perlukah sehingga menjual agama? menggadaikan agama? memajakkan agama?

Oleh sebab itu MKT berpendapat jika kedua-dua mashalat ini dapat dineutralkan ataupun diminimakan, insyallah umat Islam akan kembali berjaya menjadi satu umat yang gah. Bahkan lebih gah dari umat Islam yang terdahulu.


7 ulasan:

Review Filem: JOHN CARTER (klik) said...

ish3... @#$%

Jalut said...

Mudaratnya kembali kepada pelakunya sendiri,Islam tak tergugat sedikitpun.

Ibnu Dahlan said...

Persoalannya...apa tindakan umat Islam? Adakah hnya berpeluk tubuh sahaja?

Anonymous said...

salah orang islam sendiri jugak..jgn tengok jauh2..kat Malaysia jer cukup..Camne agama lain nak respek bila ramai bayi islam dibuang ..kat longkang..campak dari flat..ada jer berita rogol.. yg merempit..merompak..sapa majoriti?

Anonymous said...

yg pos ni pun sama gak

Anonymous said...

Memang la.majoriti melayu islam kak oi..da name.pon melayu lebih ramai..pk2 laaa..

maestro said...

jahanam kpd yang melakukanya

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.