.

.

Pages

DARI LANGKAWI...STRESS PEMIMPIN WAHID PKR LANGKAWI

Thursday, March 15, 2012

Assalamualaikum...


Setelah menghadiri satu program ceramah pembohongan PKR di Kg Bohor Tempoyak baru-baru ini, ada seorang pemimpin tertinggi PKR Langkawi telah berkejar ke Hospital Kerajaan Langkawi untuk mendapatkan rawatan.

Rupa-rupanya beliau telah disahkan berpenyakit darah tinggi. Selalunya penyakit ini menyerang apabila seseorang didalam keadaan yang stress.

Menurut kertas penyelidikan April 2007 yang dihasilkan oleh pakar sains British mendapati Vascular Otak adalah sebagai punca penyakit darah tinggi bukannya berpunca dari jantung seperti yang diketahui sebelum ini.

Ini bermakna pemimpin tertinggi PKR Langkawi sekarang di dalam situasi yang tertekan. Apakah puncanya beliau boleh stress? 

Adakah kerana segala yang ditohmahkannya didalam ceramah di Kg. Bohor Tempoyak itu sebenarnya sebuah ceritera dongeng yang beliau tahu akan kembali menekannya semula?

Adakah kerana permasalahan rumahtangga antara kedua-dua isterinya yang cemburu bila hak giliran tidak dituruti?

Ataupun bila permintaannya untuk bertanding kerusi Parlimen Sg. Petani tidak di endahkan oleh PKR Pusat?

Ikut suka dialah cuma MKT hendak tujukan satu pesanan ringkas kepada beliau. Bila Dato' sakit pergi ke Hospital Kerajaan dan gunakan kad pesara sebagai bayaran ganti cas rawatan. 

Tolonglah sebarkan sama kebaikan Kerajaan kepada rakyat jelata. Jelaskan kepada rakyat tentang subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan dalam membeli ubat-ubatan untuk kegunaan rakyat dan Dato' juga. Ubat darah tinggi yang Dato' ambil dari hospital itu harganya agak mahal. Itu pun tidak termasuk bayaran upah kepada doktor dan pembantu perubatan yang merawat Dato'.

Jangan asyik menceritakan keburukkan Kerajaan tetapi kebaikan di sembunyikan. Itu namanya hipokrit.

Boleh kot Dato' Wan Salleh bin Wan Isa?....




0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.