.

.

Pages

PENGAMAL SILAT MELAYU HANYA SYOK SENDIRI SAHAJAKAH?

Wednesday, March 7, 2012

Assalamualaikum...


Tajuk diatas mungkin akan menyebabkan sebilangan besar pengamal seni mempertahankan diri bangsa Melayu iaitu silat akan marah pada MKT. Tetapi mengapa hendak marah sedangkan ianya adalah satu kenyataan. MKT juga adalah pengamal seni silat dan MKT juga berasa adalah satu kewajiban kepada MKT meluahkan apa yang tersimpan didalam dada MKT mengenai seni bangsa ini.

Sebelum ini MKT hanya mendiamkan diri sahaja apabila kebanyakkan produser-produser filem Melayu begitu mengagung-agungkan seni bela diri bangsa lain seperti Muay Thai, Karate malahan Kapoiera yang berasal dari benua Amerika Selatan pun ada dipersembahkan didalam filem-filem mereka.

Mengapakah tidak diselitkan keindahan seni silat di dalam filem mereka? MKT tidak menafikan bahawa ada filem yang mengetengahkan seni ini tetapi ada ke satu yang boleh dikagumi hasilnya? Tidak adakah usaha-usaha mereka hendak mempopularkan seni silat hingga boleh dikagumi oleh pencinta seni mepertahankan diri di seluruh dunia? Cuba lihat bagaimanakah seni mempertahankan diri Cina iaitu Wing Chun. Sebelum ini hanya dikenali dalam negara China sahaja tetapi sekarang sudah dipromosikan oleh produser filem Hong Kong melalui filem bertajuk Ip Man.

Cuba kita lihat pula seni mempertahankan diri bangsa Siam iaitu Muay Thai dan lihat bagaimana hebatnya mereka mempromosi seni tersebut didalam filem Ong Bak, lakonan Tony Jaa.

Setahu MKT, begitu banyak persatuan-persatuan seni silat di negara ini dan begitu juga produser-produser filem tetapi tidak adakah setitik niat untuk mempromosikan seni mempertahankan diri bangsa kita sendiri? Setakat popular hanya didalam negara Malaysia dan Indonesia sahaja.

Indonesia, dahulunya begitu gah dengan promosi seni silat mereka yang acapkali diketengahkan didalam setiap filem yang berunsur aksi. Bagaimana pula dengan Malaysia? Hanya syiok sendirikah?


P/S dari MKT : Rasa malu pula apabila MKT melihat trailer filem Bunohan yang mempromosikan seni bela diri Muay Thai sedangkan bangsa kita sendiri pun ada seni bela diri jugak.....

2 ulasan:

AnaQarbana said...

Luar Negara tak kira negara man cara mereka buat film dan cara mereka mengenengahkan film, mereka mempunyai misi dan visi berbanding dengan malaysia yang hanya mementingkan keuntungan dan tidak mempunyai jati diri serta tidak patrriotik....mungkin ada pengarah yang akan marah bila di sebut begini....pengarah ataupun pembikin film di malaysia mementingkan imej pelakan lebih-lebih lagi heronya...di malaysia mana ada pelakon yang boleh diketenghkan yang pakar dalam seni bela diri...kalau ada rakyat yang pakar dalam seni bela diri bangsa kita, mukanya tak maco...tak smart dan tak layak jadi hero...lihat Tony Ja mana smart, tak kacak pun..Chuck Noris....lagi tak kacak...kalau di malaysia depa tu tak boleh cari makan dalam lakonan...Malaysia ikut trend Indon yang gemar mengetengahkan pelakan muka ala mat saleh...tak kira ianya imej pondon...asalkan kacak mesti diambil jadi hero...di tambah pula dengan sebahagian besar pembikin film terkemuka di malaysia bukan orang Melayu...depa ni tentulah tak suka seni bela diri Melayu di ketengahkan....nak tunggu kerajaan buat film kot...

Ibnu Dahlan said...

No komen...tp byk yg benarnya komen diatas

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.