.

.

Pages

DARI LANGKAWI...MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI SILALAH BUAT KERJA SIKIT....

Wednesday, March 7, 2012

Assalamualaikum...


MKT masih ingat lagi pada awal tahun lepas Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telah mengeluarkan arahan untuk menyita hawan-haiwan ternakan yang berkeliaran di sekitar Pulau Langkawi. Arahan tersebut masih jelas lagi di mata MKT dimana tertulis bahawa MPLBP akan menyita setiap haiwan ternakan yang didapati berkeliaran tanpa notis. Tetapi mengapakah sudah hampir setahun arahan itu dikeluarkan tidak nampak pula hatta seekor pun haiwan ternakan yang telah disita oleh MPLBP?

MKT rasa MPLBP sudah pasti tahu antara penyebab kemalangan jalanraya di Langkawi kebanyakkannya disebabkan berlanggar atau cubaan mengelak dari berlanggar dengan haiwan-haiwan itu. Antara kawasan yang dikenalpasti sebagai 'hotspot' haiwan-haiwan ini antaranya di sepanjang Jalan Kuah ke Ayer Hangat dan Lebuhraya LADA.


MKT amatlah berharap kepada pihak MPLBP dapat merealisasikan kembali arahan menyita haiwan-haiwan ternakan agar pengguna jalanraya dapat menggunakan kemudahan tersebut tanpa dikhuatiri ada lembaga yang melintas pada waktu malam terutamanya. 

Pada pendapat MKT, haiwan-haiwan ternakan dikurniakan kurang akal fikirannya tetapi yang lebih cetek akal dari haiwan-haiwan tersebut tentulah si pembelanya. Pandai membela tetapi dungu dalam menjaganya...

Hendak harapkan pembela-pembela haiwan ini akan sedar tanggungjawabnya, alamat ribuan oranglah yang terpaksa dikorbankan hanya disebabkan kedegilan mereka.

P/S dari MKT : MPLBP jangan pula lupa dengan status Pulau Langkawi sebagai salah satu destinasi pelancongan yang bertaraf dunia dan amat memalukan jika pelancong-pelancong yang datang boleh melihat sisa-sisa najis di atas jalanraya.....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.