.

.

Pages

NAJIB SUDAH, ANWAR BILA LAGI?

Wednesday, March 7, 2012

Assalamualaikum...


Kembali kepada politik tempatan. Baru-baru ini satu Malaysia dihebohkan permohonan maaf oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Hj. Najib bin Tun Razak. Pelbagai pujian dan tohmahan telah dilemparkan kepada beliau sehinggakan MKT lihat ada pro dan kontranya disebalik permohonan maaf tersebut.

Berbalik kepada persoalan PM mohon maaf kepada rakyat Malaysia. Bagi MKT, kiranya beliau adalah manusia yang berbudi bahasalah kerana sanggup merendahkan martabat beliau sebagai Perdana Menteri dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Salah pemimpin terdahulunya tetapi beliau yang sanggup menjadi galang ganti untuk memohon kemaafan. Sikap apa lagi yang rakyat mahukan?

MKT rasa bangga mempunyai seorang pemimpin yang sanggup memohon maaf diatas kesilapan pemimpin dahlunya dan bukan diatas kesalahannya. Bukankah beliau lebih baik dari seorang lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang sehingga kini rakyat masih menunggu permohonan maafnya kepada dasar penghakiman negara atas memfitnah badan tersebut tidak telus?

Bagaimana pula dengan penipuannya kepada seluruh rakyat Malaysia dengan rampasan kuasa pada 16hb September? Bagaimanakah pula dengan sandiwara jam Omega? Bagaimana pula dengan isu Kg Buah Pala? Penduduk disitu masih menunggukan kata-kata memohon maaf darinya. 

Jangan bersikap hipokrit bila orang mengalunkan kemaafan sedangkan diri sendiri pun tidak terlaksana sepatahpun ayat itu.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.