.

.

Pages

BEKAS EXCO KEDAH SUDAH BELOT??

Friday, March 2, 2012

Assalamualaikum...

Selama ini MKT dan rakan-rakan hanya sekadar mengesyaki sahaja tetapi hari ini sudah tahu siapakah dalang yang sebenarnya dalam isu Madrasah Salihiah. Ini telah didedahkan oleh orang mereka sendiri itu Phahrolrazi tentang siapakah dalang sebenar. Perkara ini terdedah semasa pemaju projek iaitu Aman Sentral telah melakukan tindakan provokasi dengan melekatkan satu gambaran surau yang akan dibina kelak. klik sini jika hendak tengok bukti

"Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah hari ini membuat laporan polis berhubung papan tanda pelan surau baru yang didirikan berhampiran madrasah itu yang dianggap sengaja dibuat bagi mengelirukan rakyat.
Pengerusi jawatankuasa itu, Mansor Ahmad, yang membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pagi tadi berkata, pemaju menaikkan papan tanda itu yang mempunyai lakaran pelan surau baru dan ini merupakan satu provokasi yang boleh menimbulkan pertelingkahan dan mengundang kemarahan masyarakat Islam terutamanya anak kariah madrasah itu.
Mansor berkata, pembinaan papan tadi itu dipercayai tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar.

Terdahulu Mansor bersama kira-kira 50 jawatankuasa madrasah tersebut bertindak mengoyak kanvas pada papan tanda itu sebagai bantahan terhadap pihak pemaju dan kerajaan negeri.

Jadi kepada juak-juak Pakatan Rakyat diluar negeri Kedah, MKT minta supaya diam dan jangan pula hendak memutar belitkan fakta kerana korang pun bukannya tahu apa-apa pun mengenainya.

Kepada juak-juak Pakatan Rakyat Negeri Kedah pula, MKT syorkan agar hentikanlah sokongan membabi buta tu. Tak hilang Islam kamu jika tolak mereka ni pun...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.