.

.

Pages

NUKILAN TROOPER...STADIUM LEBIH UTAMA DARI MASALAH RAKYAT

Saturday, March 17, 2012


Daripada Bina Stadium Pas Wajar Selesaikan Dahulu Masalah Rakyat


Ramai yang mempersoalkan kewajaran tindakan Pas Kelantan ingin membina sebuah stadium baru sedangkan isu projek pembangunan Lembah Sireh dan masalah bekalan air masih belum selesai. 

Seorang petani Zakaria Daud, 59, berkata usaha kerajaan Pas Kelantan itu lebih polemik untuk menarik golongan muda. Beliau berkata adalah tidak wajar kerajaan Pas terlalu memfokuskan isu stadium tetapi meninggalkan isu Lembah Sireh yang sudah bertahun-tahun tertunggak tanpa penyelesaian. "Kalau benar ingin menjaga kebajikan, kerajaan Pas Kelantan seharusnya mengambil kira nasib petani seperti kami di Lembah Sireh ini," katanya.

Beliau merupakan antara para petani di Lembah Sireh tampil untuk menuntut janji kerajaan Pas dan pemaju yang telah 'merampas' rezeki mereka semata-mata untuk memberi laluan kepada projek pembangunan yang hanya dikecapi oleh golongan berada sahaja. Sebelum projek tersebut bermula pada tahun 2003, kerajaan Pas Kelantan dan pemaju membuat janji 'bulan bintang' seperti memberi elaun bulanan sebanyak RM400 selama tiga tahun dan sebuah lot kedai. Menurut petani tersebut pemaju hanya membayar elaun itu selama dua tahun sahaja dan begitu juga dengan lot kedai sehingga hari ini tidak ada sebarang petanda ia akan diserahkan kepada goongan tersebut.

Psssttt.. Hok  nih keno tanya denge Nik Aziz kehkehkeh..!! 

by: Mohd Noor 

Inilah kot negara berkebajikan yang dicanang-canang oleh juak-juak PAS dan Pakatan Rakyat yang lain. Kalau inilah caranya, lebih baik serahkan kembali negeri itu kepada yang lebih berhak dan tahu hendak menguruskan negeri.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.