.

.

Pages

AL-KISAH PENGKHIANAT BANGSA MELAYU....

Friday, March 23, 2012



Kisah ini berlaku ketika UMNO sedang hangat menghadapi pemilihan Presiden tahun 1987. Team A yang diketuai oleh Tun Mahathir menentang Team B yang diterajui Ku Li. Hadiah utamanya sudah tentu jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Kerana pemilihan hangat itu jugalah UMNO diharamkan kerana kes mahkamah yang dibawa oleh kumpulan Enam Jahanam yang diketuai oleh Rahim Rahman. 

Tetapi sejarah membuktikan Tun Mahathir merupakan negarawan yang tiada tandingannya. Kemenangannya dalam pemilihan menjadi titik tolak kegemilangan pentadbiran negara di bawah kebijaksanaan beliau selama 22 tahun.
Dan akibat kemenangan itu jugalah, hampir separuh Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet yang dikenal pasti sebagai Team B disingkirkan oleh Tun. Ini mengakibatkan mereka ini semua hilang arah dan pedoman, termasuklah seorang bekas menteri yang suka mengenakan BOW TIE.

Namun, ketika itu beliau cukup bijak. Mungkin beliau berpendapat yang beliau masih belum cukup kaya untuk disingkirkan. Walaupun pada awalnya disingkirkan daripada kabinet Tun M, tetapi beliau pandai menggunakan kesempatan dan kelemahan Tun, iaitu isterinya. Beliau telah datang merayu secara senyap-senyap kepada Tun Siti Hasmah agar beliau diterima semula sebagai ahli Kabinet.

Dan sebagai menguatkan lagi rayuannya, beliau telah membawa senaskhah 'Al-Quran' yang dibalut kain kuning untuk dijunjung ketika bersumpah di hadapan isteri kesayangan Tun yang beliau tidak pernah mencerca dan memburuk-burukkan negarawan tersebut ketika kehangatan pemilihan 87 tersebut.

Maka timbullah perasaan simpati di hati Tun Siti Hasmah kerana melihat "keikhlasan" seorang pemimpin UMNO yang sanggup merayu-rayu sambil menjunjung Al-Quran untuk mendapat tempat semula dalam barisan kabinet Tun. Maka dipujuklah Tun agar menerima bekas menteri BN itu semula.

Oleh kerana Tun ini sememangnya seorang manusia yang pemaaf dan tidak suka berdendam, maka kecurangan bekas menteri tersebut yang duduk dalam Team B sebelum ini dilupakan dan akhirnya diberikan jawatan sebagai Timbalan Menteri ketika itu. Dan beliau juga akhirnya menjadi Menteri penuh dalam Kabinet Pak Lah dan merupakan antara individu yang paling kaya dalam Malaysia kerana kedudukan dan jawatannya dalam UMNO dan Kerajaan banyak membantu syarikat-syarikatnya hidup dan berkembang.

Siapa tahu apa jadi dengan "Al-Quran yang dijunjung oleh bekas menteri tersebut?!! Ketika kain kuning tersebut dibuka, rupa-rupanya bukan Al-Quran, tetapi buku panduan Yellow Pages !!!

Itulah dia bekas menteri hitam manis yang sekian lama menikmati "kemanisan" dalam UMNO, tetapi akhinya dicercanya pula parti keramat itu apabila sudah tidak mendapat tempat lagi. Beliau merasakan tindakannya itu membolehkan peluang untuk bersama fuckatan terbuka, namun pada hakikatnya ramai yang menyampah dan kenal benar dengan sikap sebenar beliau.

Menurut cerita, punca beliau memburuk-burukkan UMNO dan menjadi friendly kepada Pakatan adalah kerana salah satu projek lebuhrayanya di Selangor kini tersangkut berikutan kerenah Kerajaan Negeri. Beliau beranggapan sekiranya beliau tegar memburuk-burukkan UMNO, Kerajaan Pakatan Selangor akan membantu melancarkan perjalanan projeknya itu.

Pecah sudah tembelang si hitam manis mulut berbau bacin ni. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan daun nyiur.

Nasihat MKT kepadanya, sudah-sudahlah....zaman beliau sudahpun berlaulu dan biarkan ianya berlalu pergi. Bukan apa, semakin lama beliau wujud dalam politik,akan banyak lagi tembelang beliau akan pecah.

Jadi....BEWARE!!...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.