Tindakan Indonesia yang menetapkan amah dari negara itu hanya menjalankan satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700 bukan saja tidak masuk akal, tetapi juga akan membebankan majikan.
Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) Jeffrey Foo berkata persatuan itu membantah keputusan tersebut dan menganggapnya satu kesilapan yang serius jika dilaksanakan.
"Jika keputusan itu benar hendak diambil, saya tidak bersetuju kerana terang-terang ia tidak relevan...takkan majikan perlu menggajikan hingga empat orang amah bagi empat tugasan yang berlainan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan dari Jakarta, Indonesia yang memetik Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Reyna Usman yang mengatakan seorang amah hanya menjalankan satu tugas.
Assalamualaikum...
MKT bersetuju dengan kenyataan PAPA berkenaan isu ini. Kadang-kadang kerajaan kena tunjukkan sedikit sikap jual mahal kepada negara-negara jiran. Bukan apa, sikap beri muka kita kepada negara jiran kadang-kadang akan memakan diri sendiri.
Sememangnya Malaysia jika boleh hendak mengelakkan ketegangan antara dua negara tetapi tindakan sebegini MKT anggap sebagai tindakan provokasi kepada rakyat Malaysia. Sudahlah beri kepada kita modal insan yang berkelas C, hendak demand pulak harganya.
Apa pula jaminan Kerajaan Indonesia bahawa amah-amah Indonesia tidak akan menyusahkan majikannya seperti kes yang amah yang hilang tanpa dapat dikesan? Adakah Kerajaan Indonesia akan membayar kembali kerugian para majikan? Sudah tentunya tidak....
Sebenarnya jika amah-amah ini rajin bekerja, banyak yang MKT lihat para majikan tidak lokek untuk menaikkan gaji mereka. Kerajaan Indonesia tidak perlu bersusah payah memikirkan tentang upah rakyatnya.
Sebab di Malaysia sudah ada rakyatnya yang hartanya melebihi dari rakyat Malaysia itu sendiri....janji rakyat Indonesia kena rajin.
0 ulasan:
Post a Comment