.

.

Pages

HILANGNYA MARUAH ISLAM DI BUMI MESIR...TAK LAMA LAGI MALAYSIA

Saturday, March 24, 2012


Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.
Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.
Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.
Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.
Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.
Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat, Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil kerana dia anti pengguguran.
Malah dia dengan bangga menyatakan kehilangan dara ketika berusia 18 tahun dengan lelaki yang dicintainya yang 40 tahun lebih tua daripadanya.
Aliaa yang menerima ugutan sejak menyiarkan gambar yang tidak bermaruah itu berkata, dia tidak takut dan sanggup hidup dalam bahaya.
Assalamualaikum...
LAKONAN MANTAP SI MUNAFIK
Mengapakah ini boleh terjadi kepada masyarakat Islam? Sedangkan di Mesir pegangan Islam adalah terlalu konservatif dan amat berbeza dengan Islam di Malaysia.
MKT tidak menafikan bahawa di negara ini pun ada segelintir rakyat yang sebegitu tetapi tidaklah pula mewar-warkan ke seluruh dunia tentang tubuhnya, tentang hal seksualnya seperti anak gadis diatas.
Bukankah di Mesir terletaknya sebuah pusat pengajian Islam yang tersohor di seluruh dunia iaitu Universiti Al-Azhar? Adakah ulama'-ulama' disitu memandang sepi perbuatan anak gadis tersebut?
Ini menunjukkan bahawa tidak semestinya ulama' banyak di dalam sebuah negara itu dapat membendung perbuatan maksiat masyarakat. Jika tidak dapat buat secara terang-terangan maka akan dicuba dengan cara sembunyi-sembunyi.
Yang pastinya ulama' PAS pun tidak akan berkuasa menghalang segala perbuatan maksiat yang berlaku di negara ini.
Kerajaan dan para ulama' di dunia hanya mampu mencegah sahaja perbuatan maksiat dan tidak mampu menghentikannya. Dan itu juga janji Tuhan dan pesanan Rasulullah perkara-perkara yang akan berlaku di akhir zaman nanti.
Tidak semestinya memberi pemerintahan Kerajaan kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS akan dapat membendung segala perbuatan maksiat yang berlaku di negara ini.
Mungkin apa yang akan berlaku adalah lebih teruk dari sekarang kerana senarai calon-calon pemimpin Pakatan Rakyat pun ada kisah silam yang ada kena mengena dengan maksiat.
Maksiat zina apakah yang tiada dalam kamus calon-calon pemimpin Pakatan Rakyat? Dari meliwat, melanggani pelacur hinggalah ke panjat isteri orang. Segala macam dosa terhadap manusia telahpun dilakukan oleh mereka.
Inikah ciri-ciri kepimpinan Islam yang kita cari-cari selama ini?



1 ulasan:

Anonymous said...

jangan menuduh orang munafik..kita ni sapa..!

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.