.

.

Pages

KREDIBILITI POLIS DICABAR LAGI?

Tuesday, March 6, 2012

"Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu.
"Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!"

Assalamualaikum...


Mengapa ada segelintir rakyat Malaysia mempertikaikan tugas-tugas polis? Sedangkan kejadian di atas adalah disebabkan kesalahan individu itu sendiri? Memang benar pegawai polis itu menendang motorsikal remaa itu tetapi mengapa tidak diceritakan pula pegawai polis itu telah mengarahkan remaja itu berhenti tetapi remaja itu engkar? 

Polis menjalankan kewajipan dengan penuh berhemah. Itu nasib baik pihak polis tidak mengambil tindakan menembak terus remaja terbabit. Remaja itu boleh disyaki dengan pelbagai kesalahan jenayah apabila bertindak melarikan diri.

Polis Negara lain pun perkara yang sama gak, mengapa tak kecoh pun?
Persoalannya mengapa harus ditendang motorsikal remaja itu sedangkan mereka boleh kenakan saman  sahaja? Itu adalah soalan yang paling mudah dijawab. Jika MKT ditempat polis itupun akan bertindak perkara yang sama. Ya lah...jika disaman tanpa ada bukti, akan ada pula juak-juak pembangkang yang akan bertindak sebagai wira mempertikaikan kesalahan saman tersebut. Dan MKT juga yakin yang kes ini pun akan ada wira-wira yang tidak didendangkan akan keluar mempertahankan remaja tersebut. Tambah-tambah lagi remaja tersebut berbangsa Cina.

Inilah salah satu taktik murahan pihak pembangkang yang ingin memburuk-burukkan kredibiliti pertahanan awam negara. Tetapi yang peliknya, ada waktunya mereka memaki hamun polis dengan pelbagai gelaran sedangkan semasa mereka susah, tahu pulak nak cari polis untuk buat laporan. 

Tetapi yang lagi pelik, ada juga segelintir kakitangan polis yang menyokong perjuangan mereka setelah dilabel sedemikian rupa. 

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.