.

.

Pages

PERANG SAUDARA ANTARA PAS DAN DAP KEDAH

Friday, March 30, 2012



Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah semalam agak gamat kerana turut membincangkan mengenai calon yang diperuntukkan bertanding pada PRU13 untuk 3 parti di bawah Pakatan.

Pergelutan dilihat berlaku setelah salah seorang wakil Exco dari PKR tidak berpuas hati dengan cadangan MB Kedah Ustaz Azizan agar tidak diberikan sebarang peruntukkan kerusi DUN kepada DAP.
Ini berikutan tindakan DAP yang acap kali menimbulkan kekecohan dan masalah sejak tertubuhnya Kerajaan Negeri Kedah hinggalah menjelang PRU13. Ia merujuk kepada pendirian DAP Negeri yang bertegas mahu penambahan 4 kerusi DUN diluluskan atau bakal berhadapan dengan pertandingan 3 penjuru.

Sungguhpun PKR Negeri tidak menghadapi sebarang masalah untuk berunding memberikan 4 daripada 11 kerusi DUN yang bakal dipertandingkan, akan tetapi Ustaz Azizan tetap tidak mahu ianya berlaku kerana akan memberi kesan terhadap kestabilan Pentadbiran Kerajaan Negeri.

 

DAP Kedah yang kini sekadar memperolehi 1 kerusi DUN mampu membatalkan beberapa perlaksanaan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan campurtangan DAP Pusat.

Beliau merujuk beberapa isu seperti Penutupan beberapa buah Kelab Malam pada bulan Ramadhan pada tahun lalu yang sudah pasti dapat direalisasi dengan baik tanpa campurtangan parti tersebut.

Malah DAP Kedah tanpa usul periksa dan berbincang dengan PAS pernah membuat pengumuman secara terbuka keluar dari Gabungan Pakatan Negeri kerana membantah tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

 

Ini semua berlaku dan keputusan akhirnya memihak kepada mereka dengan ugutan keluar dari Pakatan yang dilihat pihak Majlis Presiden Pakatan satu langkah tidak wajar. DAP Kedah menerima layanan berlebih2 an walaupun sekadar memegang jawatan satu kerusi DUN malah tidak memegang sebarang jawatan di Peringkat Kerajaan Negeri.

Ustaz Azizan juga membandingkan Kerajaan Negeri pimpinannya dengan Kerajaan Negeri Pulau PInang apabila situasi yang sama berlaku terhadap PAS. Namun PAS Penang mampu bertolak ansur dengan Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng dalam beberapa isu termasuklah perlaksanaan Enakmen Syariah.


Perbincangan didakwa semakin tegang apabila Ustaz Azizan mendakwa DAP Kedah bertindak rasis setiap kali Kerajaan Negeri cuba melaksanakan dasar2 Perundangan Syariah. Akan tetapi ia berjaya diredakan oleh beberapa Exco PAS yang lain.

Mesyuarat malam tadi akhirnya berakhir tanpa sebarang keputusan dan Ustaz Azizan mengesahkan telah menghantar senarai calon kepada PAS Pusat.


Assalamualaikum...

Pada pendapat MKT, Kerajaan PAS Kedah seumpama takut kepada DAP, sedangkan secara keseluruhan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sepatutnya  diterjemahkan pemerintahan mengikut acuan PAS kerana majoriti ADUN adalah daripada kalangan PAS. PKR pula hanya menjadi lalang, dimana akan mengikut arah angin politik.

Beginikah cara pentadbiran yang diidam-idamkan oleh rakyat negeri Kedah? Pentabiran carca marba. Sedangkan semasa pemerintahan UMNO/BN dahulu tidak pula timbul segala permasalahan politik sebegini. 

UMNO, MCA, MIC dan PPP berkerjasama dalam mentadbir arah tuju negeri Kedah selama hampir 53 tahun. Sedangkan Pakatan Rakyat yang baru sahaja memerintah sepenggal, sudahpun berperang sesama sendiri.

DAP dengan takburnya pula sanggup mengugut untuk bertanding 3 penjuru demi hendak menawan Kedah. Sanggup membelakangkan kehendak rakan seperjuangan dan menikam dari belakang.

Kesimpulannya, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah sekali lagi negeri Kedah maka fahamlah MKT yang bala Tuhan sudah begitu hampir untuk menimpa kepada rakyat negeri Kedah tidak lama lagi.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.