“Saya dan Azizah tidak
akan hadir ke acara petang esok kerana membantah kehadiran Salman Rushdie yang
secara biadab menghina Rasulullah”, kata Anwar dalam twitternya, 16 Mac yang
turut dipanjangkan ke blog rasminya.
Apakah maksud kata-kata Anwar dalam twitter itu
? Adakah bermaksud Anwar memboikot program ‘India Today Conclave’ kerana
penganjur itu turut menjemput Salman Rushdie?
Orang awam yang terpedaya dengan muslihat
permainan kata-kata Anwar mungkin memahami begitu. Tetapi itu bukan maksud
sebenar Anwar kerana dia tetap hadir program anjuran kumpulan media India,
indiatoday dengan kerjasama kerajaan United Kingdom (UK) itu.
Anwar, mungkin tidak mahu lagi mengulangi
tragedi ‘Apology Tour‘, jika dirinya dianggap kontroversi kerana memboikot
program anjuran kerajaan UK yang memberi gelaran ‘Sir’ kepada Salman Rushdie
yang turut menjemput pemikir Zionis kotemporari, Henry Kissingger, bekas
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) itu.
Dulu, pada akhir tahun 1990-an, ketika berstatus
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar sanggup selewengkan wang
rakyat sebanyak RM38 million untuk membayar pelobi Zionis, APPC (Asia Pacific
Policy Centre) semata-mata untuk membawa Henry Kissingger ke Malaysia dan kini,
dalang di sebalik penganjuran program di India itu sudah mengenal pasti
siapakah individu-individu yang sepatutnya dijemput di dalam program ‘India
Today Conclave’.
“Bercakap di persidangan
India Today Conclave 2012, beliau berkata demokrasi India dan badan kehakiman
adalah terpuji tetapi mengecewakan apabila perkara yang sama tidak dilaksanakan
di kawasan kejiranan (luar India),” lapor dailymail.co.uk, 16 Februari yang
menunjukkan Anwar hadir dalam program tersebut.
Jadi kenapa Anwar menghantar twitter yang
berbunyi seperti memboikot program kerana satu individu bernama Salman Rushdie,
sedangkan hakikat sebenarnya, dia hadir ke program itu ?
Itu sekadar strategi untuk menarik sentimen
‘Islam’, selepas dia turut bersekongkol dalam program itu dan mungkin
mengetahui sentimen umat Islam membantah kehadiran penulis buku Satanic Verses
itu.
Ini taktik serampang dua mata atau politik
depan-belakang.
Imran Khan, pemain kriket Pakistan telah membatalkan kehadirannya ke program tersebut disebabkan membantah kehadiran Salman Rushdie.
Ada perbezaan besar antara tindakan Imran Khan,
pemain kriket tersohor dunia yang berasal dari Pakistan dengan tindakan Anwar
Ibrahim, bekas Presiden ABIM dalam menghadapi isu Salman Rushdie.
Imran yang turut dijemput menghadiri program
‘India Today Conclave’ memboikot dengan membatalkan penyertaannya ke program
itu di saat-saat akhir setelah mengetahui jemputan yang sama dibuat kepada
Salman Rushdie.
Pemain kriket Muslim yang popular itu membuat
keputusan membatalkan penyertaannya pada 14 Mac, setelah media antarabangsa
pada 13 Mac melaporkan Salman Rushdie akan turut serta dalam program tersebut.
Berbeza dengan Anwar Ibrahim, kehadirannya ke
program itu mendapat liputan meluas di media antarabangsa, tetapi dalam masa
sama dia menyatakan ‘bantahan’ kepada Salman Rushdie di twitter dan blognya
dalam bahasa Melayu yang tidak mendapat liputan media antarabangsa.
Sebab itu semasa bercakap di India Today
Conclave, Salman Rushdie mengkritik Imran, bukannya Anwar Ibrahim.
Walaupun, Anwar cuba menunjukkan sikap
‘anti-Salman’ yang tidak mendapat liputan meluas di media antarabangsa, namun
dia gagal membuktikan fakta bahawa dia pernah mempertahnankan Salman Rushdie di
Jakarta, dua tahun lalu.
Pada 11 Oktober 2010, tercatat dalam sejarah,
dengan bukti rakaman ucapan Anwar yang mengesahkan bahawa Ketua Umum PKR itu
adalah pro-Salman Rushdie ketika berceramah di pusat Islam Liberal Indonesia,
Komuniti Salihara, Indonesia. (semak melalui Youtube )
“Bila Imam Khomeini, masa itu menjatuhkan hukuman
bunuh terhadapnya (Salman Rushdie).. Saya sukar untuk bersetuju.. ”, kata Anwar ketika berucap dalam tajuk “Kebebasan
Dan Musuh-Musuhnya” yang sekaligus menolak fatwa pemimpin agung Iran itu.
Tajuk yang dibawa Anwar, “Kebebasan Dan
Musuh-Musuhnya” sudah menjelaskan hala tuju pemikiran Ketua Umum PKR itu. Tanpa perlu dihuraikan Anwar, semua orang sudah
tahu siapakah musuh-musuh kebebasan, iaitu golongan fundalmetalis, intelektual
dan ulama yang berpegang kepada Islam.
“Tetapi
itukan (Satanic Verses) satu karya..Ini faham kebebasan..sebab itu, kebebasan
berwacana dan berpolemik itu perlu (kebebasan berpendapat)”, kata Anwar di
hadapan kelompok Islam Liberal Indonesia.
Menurut Anwar, tiada mana-mana tokoh agama mempunyai kuasa untuk menjatuhkan
hukuman tanpa melalui proses undang-undang (rule of law).
Menurutnya, musuh utama kebebasan adalah
golongan agama yang berpandukan Al Quran dan Sunnah dalam melaksanakan hukum.
“Kalau kita berikan kuasa kepada mana-mana tokoh
atau alim (ulama) putuskan. Kalau di Malaysia yang bawa idea Asian Value (nilai
ketimuran Asian) digunakan Islam. “Jadi pada pendapat saya, kalau Islam itu mengongkong
kebebasan..Islam yang sangat usang dan jumud..dan saya tidak sokong kefahaman
Islam sedemikian.
“Saya berbeza pendapat yang besar..bahkan kalau
di Malaysia..bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor
penghalang (kebebasan)”, katanya.
Itu satu versi Anwar membela Salman Rushdie
ketika berhadapan dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia. Ada satu bukti
yang menunjukkan Anwar mengamalkan politik ‘belakang depan’ adalah ketika
berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia.
Versi stand Anwar berbeza 360 darjah ketika
berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia.
Ketika berhadapan dengan kelompok Islam Liberal
di Indonesia, Anwar mendakwa bertempur dengan golongan agama yang menyekat
kebebasan di Malaysia, namun bila berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia,
Anwar mendakwa pula ‘bertempur’ dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia.
“Dan dia (Ulil Abshar) memilih, saya kata isu
yang bukan isu. Dan dia memilih untuk mencari masalah di kalangan umat dan
memberi tafsiran yang terlalu longgar, terkeluar daripada fahaman Sunnah
Waljamaah”, kata Anwar secara serius ketika berhadapan dengan kelompok ABIM,
jika dibandingkan dengan gelak ketawa hadirin ketika berhadapan kelompok Islam
Liberal.
“Walaupun dia, Ulil Abshar, dia pertahankan, dia
kata tak betul…Saya tak pernah hadir mesyuarat mereka. Mereka ada hadir
beberapa pertemuan saya dan ada perbalahan. Mereka mengatakan, dia terkejut,
sepertimana yang disebut oleh Ulil Abshar, dia terkejut mengapa orang yang
dianggap berfahaman terbuka (Anwar) begitu keras menolak lingkaran liberal”,
jawab Anwar berbelit-belit dengan permainan kata-kata mengikut kesesuaian
kelompok mana yang sedang dihadapinya.
0 ulasan:
Post a Comment