.

.

Pages

DULU AKU SEKARANG ANAK BUAH PULAK DAH...

Thursday, March 1, 2012



Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrul Amin sebaliknya dia merayu agar 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat.

Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrul Amin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.

Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.
Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun, isterinya sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrul Amin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrul Amin untuk meminta bantuan.

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa dia harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin dia mempunyai tempat untuk meminta bantuan?

Assalamualaikum...

Terbongkar satu persatu setiap patah perkataan yang Ustaz Badrul Amin cuba nafikan kebenarannya. Keaibannya mula dilondehkan sedikit demi sedikit. Apa lagi helah juak-juak Pakatan Rakyat hendak memutar kebenaran fakta ini? Fitnah lagikah kejadian ini?

MKT yakin Anwar Ibrahim sedang penat memerah otak untuk mempertahankan anak buah kesayangan PKR ini. Akan dikerahkan seluruh kebijaksanaan peguam-peguam Pakatan Rakyat untuk menafikan tuduhan ini.


P/S dari MKT : Mengapa semasa perbicaraan Ustaz bawa isteri sedangkan semasa beri kanseling percuma jam 3 pagi tu, Ustaz keseorangan?


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.