Assalamualaikum...
Hari ini MKT dedahkan senario benar yang berlaku kepada UMNO Langkawi dimana terdapat ejen-ejen talibarut Pakatan Rakyat telah menyusupi sayap-sayap UMNO Langkawi. Untuk makluman, MKT sudahpun mengenal pasti individu-individu ejen Pakatan Rakyat tersebut.
Bukti mesejnya... |
Senario I - Salah seorang Ahli Jawatankuasa Kampung (JKKKP)yang berdekatan dengan Hospital Langkawi telah menyelar dan menuduh UMNO adalah pencipta fitnah berkenaan isu Ustaz Badrol Amin yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang baru-baru ini.
Antara yang digomelkan adalah " UMNO mencipta konspirasi dengan mendakwa Ustaz Badrol Amin pemimpin PKR yang kita 'sayangi' berkhalwat dengan isteri orang di Pahang. Inilah kerja UMNO yang suka membuat fitnah ". Tambah beliau lagi yang Ustaz Badrol Amin mewakili PKR mahu membantu seorang isteri yang kesunyian/kelaparan dengan pergi menghantar sebungkus nasi lemak.
Padahal seluruh rakyat Malaysia sudah tahu keadaan sebenarnya yang berlaku di hotel tersebut. Ustaz Badrol Amin tidak menghantar nasi lemak tetapi memberi kaunseling rumahtangga kepada wanita tersebut. Nampak sangat mindanya begitu mudah diperdayakan dengan dakyah-dakyah sesat PR.
Sepatutnya beliau yang memegang jawatan peringkat atasan akar umbi kepimpinan kampung yang menerangkan keadaan yang sebenar. Bukannya membuat spekulasi sendiri...
Mungkinkah didalam kumpulan ini? |
Senario II - Beliau adalah salah seorang daripada ahli jawatankuasa Skuad Sayang (SS). Diberitakan juga suaminya adalah kontraktor yang mendapat tender-tender Kerajaan tetapi menyokong kuat PKR Langkawi.
Baru-baru ini semasa salah satu program UMNO di salah satu daerah di Kedah, beliau telah mengadu domba dengan memperlaga-lagakan kalangan ahli-ahli SS demi untuk menjatuhkan kepimpinan Ketua Wanita Langkawi.
Menurut cerita, beliau ada hasrat untuk bertanding Ketua Wanita pada pemilihan UMNO Bahagian akan datang.
Tetapi bagaimana MKT boleh mengatakan beliau adalah seorang talibarut? Sebenarnya setiap pergerakkan SS secara sulit mahupun terbuka yang dibincangkan di dalam mesyuarat , telah diketahui oleh PKR Langkawi.
MKT harap Ketua Bahagian UMNO Langkawi dan keseluruhan ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia agar mengambil iktibar dan lebih berhati-hati dalam mengenal pasti setiap langkah ahli-ahli. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.
4 ulasan:
Toksah nak buat cerita la....Bawak2 bertaubat sama
...
tak boleh biar..benteras anjing2 yg mkn tuan..tentng ustaz sex suruh dia g thailand nak buat sex..
KAT MAHANG NI LAGI TEROK CERITANYA BAB JKKKP NI ADA DUA TIGA ORANG YG PEGANG JAWATAN ASYIK DOK JAGA KAUM KERABATNYA SAHAJA. LAPORAN KE BAHAGIAN BUKAN MAIN BAIK LAGI, TAPI HABUK PUN TARAK. UMNO MEMANG KUAT KAT SINI CUMA DI KPG ULU MAHANG SAJA YG JADI KUBU PAS ITU PUN TAK MENGAPA KERANA LAIN2 DAERAH MENGUNDI UMNO KUAT TETAPI PASAL PERANGAI KETUA2 TU ANAK2 BUAH MELUAT DAN TAK TUNJUK LAGI MINAT PADA UMNO. TETAPI KALAU PASAL MAU DAPAT APA2 BANTUAN BARU RAMAI AHLI UMNO TURUN TERMASUK JUGA TALI2 BARUT PR YG MUKA TAK MALU TU HADIR. AKU PUN TAK TAHU LA MCM MANA KETUA2 NI MAIN PERANAN MEREKA HINGGA ADA YG PEGANG JAWATAN TU BERTAHUN-TAHUN TAK MAU BAGI KAT ORANG LAIN DAN JIKA DAPAT KAT ORANG LAIN MULA LA DOK BURUKKAN UMNO DAN CUBA SABOTAG APA2 PROGRAM. DIHARAP UMNO BAHAGIAN PERHATIKAN BENDA2 MCM NI JGN DOK PERCAYA SANGAT KAT KETUA2 TU DAN ADA YG BERMUKA2. CARI LAH MEREKA2 YG BERKELAYAKAN ,BARULAH NAMPAK KERJA TU DAN RAKYAT AKAN TERTARIK SEMULA KEPADA UMNO SEPERTI DAHULU. RAKYAT DAH BUKA MATA PASAL ISLAM DAN PARTI NI. KALAU SIAPA CEPAT DIA DAPAT. SIAPA YG BERI PERKHIDMATAN YG BAIK AKAN TERIMANYA DI PRU YG KE 13 NANTI. FIKIR2 KAN LAH KALAU NAK MENANG KLM.BB NI DATO AZIZ.
Post a Comment