.

.

Pages

DARI LANGKAWI..RAKYAT LANGKAWI MENOLAK KEPIMPINAN UMNO?

Wednesday, March 14, 2012

Assalamualaikum...

Penduduk Langkawi telah meminta bantuan dan pertolongan daripada Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kepimpinan Barisan Nasional khususnya UMNO didaerah ini kerana dikatakan zalim dan tidak prihatin terhadap permasalahan rakyat. Penduduk Langkawi juga beikrar akan memastikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya kali ini dan menawan Putrajaya.

Itu adalah ungkapan-ungkapan daripada salah satu siri ceramah pembohongan PKR Langkawi semalam. Bertempat di Kg. Bohor Tempoyak dan dihadiri oleh hampir 50 orang penyokong-penyokong PR di sini. (Ingatkan ribuan tetapi hanya 50 orang sahaja)

Antara kupasan isi pembohongannya adalah menyalahkan pihak polis dalam perberian permit untuk siri ceramah PR yang tidak diluluskan dan diganggu gugat oleh UMNO khususnya. Ini adalah satu pembohongan kerana sebelum ini ceramah 2 menteri Besar iaitu Nik Aziz dan Ustaz Azizan yang bertempat di Ulu Melaka telah diberikan kebenaran. Ceramah Anwar Ibrahim juga pernah diberikan kebenaran. Jadi relevankah tuduhan itu kepada pihak polis?

Isu DJ kesayangan PKR Langkawi juga diberi perhatian apabila cuba ditimbulkan lagi mengenainya dan masih lagi dengan fitnah yang serupa iaitu menyalahkan pihak orang lain disebalik kebodohan DJ itu sendiri. MKT hendak mengulangi kenyataan sebenarnya, DJ itu bukan diberhentikan tetapi beliau sudah tamat kontraknya dan pihak jabatan tidak lagi mahu menggunakan khidmatnya lagi. Ianya tiada kena mengena pembabitan beliau dengan program parti. Harap selepas ini pihak PKR tidak perlu membangkitkan lagi isu yang remeh begini demi hendak menagih undi simpati dari masyarakat Pulau Langkawi.

Membuat tuduhan melulu apabila mempertikaikan pemerintahan negara yang disamakan dengan pemerintahan dinasti iaitu secara keturunan. Legasi Tun Razak telah diwariskan kepada anak beliau iaitu Datuk Seri Najib. Inilah sifat sebenar kalangan kepimpinan PKR iaitu paku dulang paku serpih. Adakah yang berucap diatas pentas itu sedar dimana dua diantara tiga parti politik yang menganggotai Pakatan Rakyat  adalah berasaskan dengan sistem dinasti? Bagaimana pula dengan jawatan tertinggi parti DAP bukankah diwariskan dari Lim Kit Siang kepada Lim Guan Eng? Mungkin beliau terlupa pula dengan warisan PKR dimana dari jawatan Ketua Umum, presiden parti hingga ke jawatan terbawah sekali mesti akan ada kaum kerabat dari DNA Anwar Ibrahim?

Akhir kata dari MKT, pembohongan yang paling besar didalam siri ini adalah kononnya masyarakat Pulau Langkawi ini meminta bantuan dan pertolongan dari Pakatan Rakyat untuk membebaskan mereka dari Barisan Nasional adalah omongan kosong. Masyarakat Pulau Langkawi bukanlah sebodoh yang PR labelkan dan masyarakat Pulau Langkawi juga masih lagi tahu manakah intan dan manakah kaca murahan.... Jadi adalah sia-sia sahaja PKR Langkawi membuat rumusan yang begitu cetek dan tidak berilmiah itu.


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.