.

.

Pages

ACHEH BOLEH...MENGAPA KELANTAN TAK BOLEH?

Wednesday, March 14, 2012


ACEH 10 Mac - Lima lelaki Indonesia semalam dirotan di khalayak ramai selepas mahkamah di sini mendapati mereka bersalah kerana terlibat dalam kegiatan berjudi.

Pendakwaraya, Putra Masduri berkata, kelima-lima lelaki terbabit dirotan sebanyak enam kali seorang selepas Mahkamah Langsa mendapati mereka terlibat dalam judi loteri.

"Kesemua mereka dirotan kerana melanggar undang-undang syariah yang melarang perbuatan berjudi," katanya. - AFP 

Assalamualaikum..


Kejadian di atas adalah salah satu hukuman Syariah yang telah dijalankan di Acheh, sebuah negeri tunggal yang mengamalkan hukuman syariah di Asia Tenggara.

Persoalannya...tidak pula kelihatan Kerajaan Indonesia menghalang undang-undang tersebut. Tidak pula kelihatan campurtangan pihak-pihak politik untuk memutar belitkan hukuman tersebut.

Mengapa negeri tersebut berbeza dari Malaysia dalam melaksanakan hukuman Syariah? Disini MKT akan senaraikan perbezaan antara negeri dan negara dalam isu ini...

1) Negeri Acheh mampu melaksanakan hukuman Syariah kerana penduduknya adalah MAJORITI Islam. 98.6% dari penduduknya adalah beragama Islam dan 1.4% pula terdiri dari agama Hindu dan Buddha. Manakala Malaysia pula 50.4% penduduknya adalah Islam dan lebihan adalah dari agama-agama yang lain. 

P/S : Kelantan pula 95% penduduknya adalah terdiri dari yang beragama Islam dan baki 5% lagi adalah agama yang lain-lain. Mengapa tidak melaksanakan hukuman Syariah di negeri itu terlebih dahulu?

2) Segala perbelanjaan untuk melaksanakan hukuman Syariah di Aceh adalah ditanggung oleh Kerajaan Negeri BUKAN dari peruntukkan Kerajaan Indonesia.

P/S : Tidak seperti Kelantan yang kononnya hendak melaksanakan hukuman Syariah tetapi segala perbelanjaan untuk hukuman tersebut mengemis dari Kerajaan Pusat.

3) Hukuman Syariah di Aceh tidak pula dipolitikkan oleh golongan politik setempat. 

P/S : Berbeza dengan di Malaysia dimana isu hukuman Syariah ini sering dipolitikkan oleh segolongan manusia yang ada kepentingan bukannya atas nama Islam.

Negara kita ada undang-undang, ada perlembagaannya dan ada juga caranya jika benar-benar hendak laksanakan hukuman Syariah. Ini akan berlaku apabila wakil-wakil rakyat yang beragama Islam berjaya menguasai 2/3 dari jumlah kerusi di Parlimen. 

Oleh sebab itu MKT sering melaungkan agar bersatu bangsa demi agama.

Impian untuk melihat PAS melaksanakan hukuman hudud juga sebenarnya adalah angan-angan. Ini adalah kerana Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS dari mula lagi menolak untuk melaksanakan hukuman tersebut. Malahan di Kelantan yang majoriti rakyatnya adalah Melayu Islam juga tidak melaksanakannya walaupun ditadbir oleh PAS.

Begitu juga dengan parti Melayu iaitu UMNO juga tidak mampu untuk melaksanakan hukuman Syariah kerana ada juga rakan-rakan parti di dalam Barisan Nasional menolak mentah-mentah cadangan tersebut.Tetapi kredit harus diberikan kepada UMNO berbanding PAS kerana wakil rakyat dari golongan Melayu Islam lebih banyak di dalam Parlimen.

Mudah ceritanya, jika benar-benar hendak melaksanakan hukuman Syariah di bumi Malaysia ini hanya ada dua sahaja caranya. Iaitu tingkatkan sokong an kepada UMNO dan PAS wajib bersatu dengan parti dominan Melayu Islam iaitu UMNO.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.