.

.

Pages

KAABAH DITENGAH-TENGAH KOTA NEW YORK?

Monday, March 5, 2012

Assalamualaikum...



Jika umat Islam munafik atau fasik hendak menunaikan haji, tidak perlu lagi ke Mekah kerana sudah dibina sebuah bangunan yang mirip Kaabah dan berada di tengah-tengah kota Metropolitan New York. Ianya diberi nama Apple Mecca sempena bentuk bangunannya menyerupai simbol agama Islam.

Sebenarnya ia adalah sebuah bar minuman yang menyajikan minuman-minuman keras seperti bir, wain dan lain lain lagi. 

MKT tertanya-tanya adakah ini adalah satu pembinaan normal ataupun sekadar hendak mempermain-mainkan Kaabah yang menjadi kiblat kepada seluruh umat Islam didunia? 


MKT sarankan jika ada segelintir umat Islam yang cuba menyokong usaha-usaha menghina Kaabah ini seperti  agar pusing sebanyak 7 kali dahulu sebelum masuk kedalam bangunan tersebut untuk minum arak atau berpoya-poya.

Begitu hinanya Islam dipandangan masyarakat Barat yang merasakan merekalah umat yang penuh susila. Tidakkah ada segelintir ulama-ulama di sana memainkan peranan sebagai mempertahankan kesucian simbol Islam?

Apakah pandangan para pembaca semua? Diam diri sahajakah ataupun...

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.