.

.

Pages

SIAPAKAH MUNAFIK SEBENARNYA?

Tuesday, March 13, 2012

Assalamualaikum...

Begitu hebatnya juak-juak Pakatan rakyat menghentam Tun Mahathir sedangkan fakta sebenarnya telah disalahertikan. Begitu hebatnya juak pembangkang bergelar kononnya Jeneral Yakuza Ogawa memaki hamun Tun Mahathir sedangkan hamba Allah ini tidak pernah mengenali langsung manusia itu.

MKT tertanya-tanya adakah Tun pernah buat salah ataupun berhuang wang dengan si Jeneral Yakuza ini, hinggakan begitu teruk cercaan beliau kepada Tun. 

Maklumat yang MKT terima sewaktu Tun mengeluarkan kenyataan berkenaan hudud itu, beliau memaksudkan hudud yang di rekacipta oleh PAS bukannya hudud Tuhan. Jika itu yang dimaksudkan, sememangnya layaklah ulasan beliau mengenai hudud tersebut.

Tetapi yang menjadi persoalannya, bagaimanakah akhlak seorang yang mengaku Islam (walaupun namanya Jepun) begitu tega memaki hamun dan mencerca seorang umat Islam yang lain? Adakah itu adalah ajaran Islam yang diajarkan oleh Rasulullah?

Walaupun kita kononnya dibenarkan memaki kerana Tuhan juga memaki, tetapi siapakah kita jika hendak membandingkan dengan Tuhan? Rasulullah sepanjang hayatnya tidak pernah sepatah pun mengeluarkan sebarang cerca nista. Bagaimanakah kita yang 5 kali sehari melafazkan baiah kita dengan Tuhan dan Rasul didalam solat mengengkari baiah tersebut? Dimanakah sunnah Rasul yang sepatutnya kita menjadi sempadan dan teladan?

Bagi MKT, juak-juak PAS ataupun Pakatan Rakyat tidak layak melafazkan hatta sepatahpun ayat-ayat agama kerana MKT yakin ianya hanyalah ayat-ayat dari seorang yang MUNAFIK!!....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.