Selama ini juak-juak PAS begitu berbangga apabila seorang yang boleh dianggap ikon lagenda didalam dunia gusti iaitu 'The Undertaker' dikatakan cukup menghormati ulama Islam. Nama sebenar beliau adalah Mark William Calaway. Dia dianggap sebagai seorang lagenda didalam arena gusti kerana tidak pernah kalah didalam acara tahunan gusti iaitu WrestleMania. MKT setuju dengan kenyataan itu. Walaupun 'The Undertaker' itu adalah seorang kafir tetapi cara beliau menghormati kepada golongan ulama Islam sememangnya patut dipuji. Mungkinkah hatinya sudah terbuka untuk menerima Islam?
Sebenarnya tindakan juak-juak PAS sememangnya boleh dibaca. Kononnya untuk menunjukkan kepada rakyat di Malaysia, seorang yang ganas di dalam arena gusti boleh menghormati ulama, orang-orang UMNO pula akan dijadikan sebagai perbandingan. Maksudnya, orang-orang UMNO dilihat sebagai tidak menghormati ulama. Berbuat tindakan biadap kepada ulama.
MKT nak menjelaskan disini, orang-orang UMNO tidak akan menghormati ulama yang jelas-jelas tidak mengamalkan budaya Islam didalam rutin harian mereka. Contohnya ulama-ulama PAS. Ulama yang hari-harinya dipenuhi dengan perkara-perkara yang jauh dari pegangan Islam. Bercampur baur antara amalan dan tegahan didalam Islam.
Bagi pendapat MKT, ulama-ulama yang begini tidak perlulah disokong, dihormati mahupun diikuti. Kerana dikhuatiri bukan membawa kita ke arah kebaikan tetapi ke arah kebinasaan. Jika ditakdirkan MKT berjumpa dengan ulama yang benar seperti Sheikh Yusuf Qardhawi pun MKT akan menundukkan kepala MKT demi kerana menghormatinya kerana ilmunya. Bukan menyembah tetapi menghormati. Lain pula keadaannya jika ditakdirkan bertemu dengan Nik Aziz ka, Azhar Idrus ka...rasanya membuang masa sahaja. Tergolong dalam golongan ilmuwan. Mengajar manusia tentang amalan Islam tetapi sayang diri sendiri tak dapat diajar mengamalkan Islam. Sia-sia sahaja ilmu kalian ....
P/S dari MKT : Inilah dikatakan sebagai cakap tidak serupa bikin. Menasihati menjaga adab lidah kepada orang tetapi diri sendiri tidak pula reti nak bagi nasihat. Bila ditegur melenting kerana ego sudah menguasai diri. Ini ciri-ciri ulama' ker?
P/S dari MKT II : Jika benarlah The Undertaker ini mulai meminati dengan Islam, MKT harap beliau tidak payah mencarinya dari ulama' PAS. Buat rosak lagi akidahnya...hehehe..
5 ulasan:
HEHEHE ITU KALAU UNDERTAKER JUMPA ULAMA YANG DALAM GAMBAR TU,ENTAH LAH MACAM MANA PULA KALAU JUMPA NIK AZIZ, SUDAH TENTU KENA GUSTI KAH KAH
hehehe...tepat sekali. Silap haribulan dh kena 'TombStone PileDriver' dah..
Sudahlah dgn melayu...perjuangan mesti blandaskan islam...tgok aje dlm umno ...buka mata..dan gunalah akal utk berfikir...cukuplah jd macai...xguna satu sen...bkn dia bg ko diskaun pun utk minyak..brgan rumah..tol...atau kperluan lain n etc...semua dibolot sdr...kesssian macai...
Lol mkt ni melayu sungguh. Cetek pemikiran.
Mkt hampeh....idup x guner sesen...puihh
Post a Comment