.

.

Pages

USTAZ AZHAR SUDAH BERTAUBAT?

Thursday, February 2, 2012

Assalamualaikum...


MKT terkilan bagaimana seorang agamawan, ilmuwan yang diberikan ilmu oleh Allah.s.w.t kepada beliau tetapi dengan ilmu itulah juga telah menyebabkan beliau menjadi sombong dan memandang rendah ilmu hamba Allah yang lain. Itulah adalah antara sifat-sifat Iblis semasa Allah s.w.t. menciptakan Nabi Allah Adam a.s. Inilah dinamakan Riak di dalam Ibadah. Agama melarangnya tetapi itulah yang dibuatnya.

Sombong dengan kelebihan dirinya, memandang pendapat orang lain adalah bodoh dan mencerca golongan ilmuwan. MKT teringat tentang hadis Rasullah s.a.w dimana baginda bersabda " Di akhir zaman, ulamak akan dihina" (lebih kurang begitulah). Pada pendapat MKT, sabda Rasullah itu bukan ditujukan kepada manusia-manusia yang biasa seperti kita tetapi menjurus kepada golongan ilmuwan yang mencerca sesama sendiri.

video

Cuba lihat contoh yang MKT tunjukkan diatas. Beliau dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Youtube (bukan MKT yang gelarkan). Pada awal ceramahnya, beliau beri salam (bagus) dan membaca selawat ke atas Nabi dan menyemak tajuk ceramahnya pada kali ini (bagus juga). Yang MKT kesalkan sangat, tidak sampai 5 minit, yakni 5 MINIT beliau memulakan ceramah sudah mencerca golonan ilmuwan yang lain dengan gelaran BODOH. Selepas itu ada lagi gelaran tambahan iaitu USTAZ CHAP AYAM BERAK CAIR. Inikah contoh ilmuwan Islam? Inikah guru yang bisa memberi syafaat kecil kepada kita di Hari Kiamat nanti? Inikah contoh pemimpin Islam?

Pelbagai persoalan MKT boleh utarakan buat renungan para pembaca. MKT akui beliau banyak ilmu, tetapi ilmu menghormati orang, beliau daif. MKT juga akui beliau banyak mempelajari ilmu tentang Islam tetapi ilmu Islam tentang menjaga adab lidahnya, beliau keciciran dalam bab itu.

P/S dari MKT : Untuk makluman, beliau adalah orang PAS. Sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Daulah Islamiyah di negara ini. Tetapi hakikatnya, berlambak pemimpin, juak-juak yang masih lagi tidak reti nak menjadi seorang Muslim yang sejati....

BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT !!











12 ulasan:

Anonymous said...

laa . dah memang bodoh . nak buat macamana . ada ilmu tapi membodek . bodek jaga periuk nasi . kah kah kah !

Melayu Kedah Terakhir said...

Sepatutnya sebagai seorg agamawan beliau kena bgtaw perkara yang hukum bukannya menggunakan hukum utk menghalalkan cercaannya kpd org lain..

Anonymous said...

cubalah mkt jadi ustaz pulak......paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih

Melayu Kedah Terakhir said...

MKT tahu MKT bukanlah seorang usaz,, bukanlah seorang ilmuwan agama. Tetapi MKT tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Dapat tahu perbezaan antara uztaz tulen dengan ustaz palsu. MKT juga tahu yg penulis komen diatas hendak tembak MKT tetapi jangan dilupakan yg MKT bukanlah seorg ilmuwan. Yg dipersoalkan didalam artikel ini adalah mengenai seorg ilmuwan yang tahu dosa dan pahala melebihi MKT. Bagaimana cara dakwah beliau? Bagimana seekor ketam hendak mengajar anak ketam supaya berjalan dengan lurus hakikatnya si ketam itupun jalan senget? Betul x?

Anonymous said...

perlu ke mengata UAI sebegini? saya rasa tkde betulnya apa yg ditulis diblog ni..

Melayu Kedah Terakhir said...

UIA x salah...tp yg salahnya individunya. Hebat betul manusia ini, hingga kerana sedikit teguran terus disalahkan org lain.Itukah yg diajar dalam Islam? Klu begitu, jk kamu dlm kesulitan, mesti akan disalahkan Tuhan juga. Insaflah...Muhasabah diri x semestinya perkara yg x elok

Anonymous said...

UAI ni kalau ceramah tak ada perkataan "BODO" tak sah..5 minit cakap 4 kali ucapan perkataan BODO keluar dari mulut seorang USTAZ!!!

Anonymous said...

Nak berdakwah tak perlu mencerca/mengata org lain..teruskan penulisan anda MKT.

Anonymous said...

kerana beliau terlalu dipengaruhi faktor politik..

Anonymous said...

Saya dapat info dari teman bahawa sumber kewangan yg men"sponsor" UAI berunsurkan shubhah... Saya juga pernah bertanyan UAI sendiri dalam FB, dgn serta merta dia "unfriend" saya... Bertambahlah was2 terhadap UAI... Wallahualam

Melayu Kedah Terakhir said...

Thanks 4 ur info...

Anonymous said...

Lidah adalah benda yg paling TAJAM...jd jaga tuturkata kerana ianya akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT nanti.
Kita juga hendaklah menghormati org lain yg kurang ilmunya...bukan mencacinya.
Saya pernah terbaca yg Imam Abu Haniffah ada mempunyai 1000 org guru ( dr yg ternama kpd biasa2 aje )tp beliau tetap mengiktiraf mereka sebgi gurunya. Malahan setengah masalah ugama gurunya diselesaikan oleh beliau sendiri.

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.