Pagi tadi telah berlangsung satu program kecergasan anjuran Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dan kerjasama dari Persatuan Silat Tokku. Bertempat di hadapan Bangunan LADA, seramai hampir 200 orang peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat sekitar Pekan Kuah datang memberi sokongan kepada program ini. Dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian Program, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, Puan Arfah Mahani bt. Hj.Amran. Beliau menyeru kepada NGO-NGO yang ada di Pulau Langkawi jika ada program yang bermanfaat kepada masyarakat, silalah menghubungi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dan akan cuba sedaya upaya membantu melaksanakan setiap program yang dirancangkan.
Disini MKT berikan sedikit info mengenai Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia. Tujuan utama agensi Kerajaan ini adalah untuk membantu NGO di daerah yang memerlukan peruntukkan kewangan untuk melaksanakan satu program kesihatan. Samada program berbentuk Sukaneka, pertandingan bolasepak, senamrobik mahupun apa-apa sahaja program yang dirasakan sesuai dengan objektif agensi. Seperti permohonan dari Persatuan Silat Tokku ini, sebanyak RM40,000.00 telah diluluskan untuk merealisasikan program diatas.
Disertakan beberapa gambar untuk tatapan para pembaca semua.
Ini adalah satu maklumat yang berguna buat NGO-NGO yang ada perancangan tetapi kekurangan sumber kewangan. Sudah ada satu agensi Kerajaan iaitu dari Kerajaan Pusat (BN/UMNO) yang bersedia membantu memberikan sumber kewangan untuk melaksanakan satu-satu program yang baik.
Untuk sebarang maklumat/ pertanyaan sila hubungi Puan Arfah Mahani sendiri di no. 03-8887700 Samb. 204 ataupun layari laman web disini.
P/S dari MKT : Memanglah guna duit rakyat tetapi idea siapa yang merencanakan pertubuhan agensi seprti ini? Bukankah Kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional? Nak harap kepada Pakatan Rakyat? Kakitangan Kerajaan pun mereka nak terajang keluar. Jadi kepada masyarakat Langkawi dan rakyat Malaysia amnya, renung-renungkanlah kebajikan Kerajaan sekarang berbanding Pakatan Rakyat yang memberi kebajikan menggunakan air liur sahaja....
0 ulasan:
Post a Comment