.

.

Pages

RUMUSAN CERAMAH KUTIPAN DANA PRU-13 DI LANGKAWI...

Wednesday, February 1, 2012

Pada 31.01.2012 bersamaan hari Selasa, satu ceramah /pembohongan PAS telah berlangsung di Markas PAS Temonyong, Pulau Langkawi. Antara yang menympaikan berita-berita pembohong itu terdiri dari Ustaz Zubir (YDP PAS Langkawi), YB Nasir KR (ADUN Kubang Rotan) dan penampilan istimewa Jeneral Bintang 3 iaitu Mat Sabu Al-Buaya 121. 

Kehadiran hadirin yang dijangka sebanyak 3,000 orang tetapi ianya seperti yang kita semua jangkakan juga iaitu hanya sebanyak 150 orang-orang atas pagar, polis, anggota RELA, agen-agen BN dan budak-budak telah memenuhi padang Markas PAS Temonyong untuk memastikan adakah ketiga-tiga agen pengutip DANA PRU-13 ni masih berbohong ataupun sudah bertaubat. Manakala ahli-ahli dan tali barut PAS juga menghadirkan diri. Dianggarkan cuma 200 orang sahaja termasuk Unit Amal PAS yg tidak beruniform. Campur tolak, hadirin yang ada adalah sebanyak 350 ++ orang sahaja. Jangkaan yang tepat oleh orang-orang atas pagar yang sudah mulai meyampah dengan lakonan PAS.

Antara amanat-amanat Jeneral Bintang 3 itu adalah merujuk kepada beberapa isu yang telah lapok dan ianya sudah diberi penjelasan yang kukuh dan logik oleh Kerajaan, orang perseorangan dan para-para blogger. Tapi yang peliknya masih ada lagi juak-juak PR yang bersorak mengiakan kenyataan bohong beliau itu. Al-maklumlah juak-juak ini pun bukannya boleh berfikir pun, hanya menerima bulat-bulat apa yang dikelentongkan oleh Mat Sabu.

YB Nasir KR pula banyak merujuk tentang pembangunan di Alor Setar yang semakin pesat. Dengan muka tidak malunya beliau telah mengaku Bangunan Ukir di depan bangunan Peruda adalah hasil dari pembangunan yang telah dirancang oleh PAS Kedah...hehehehe...Dia boleh kelentong kepada masyarakat Kubang Rotan tentang pembangunan Langkawi kononnya dibangunkan semasa PAS Kedah memerintah, ingat dia tak boleh kelentong masyarakat Langkawi jugak ker?

Tentang YB PAS Ayer Hangat (tak sedar diri) pulak agak tersipu-sipu untuk berbohong sebab di depan masyarakat Langkawi, dia tidaklah boleh bohong lebih-lebih. Sebab orang Langkawi kenal sangat beliau.

Akhir kalam, MKT sudah bosan dengan permainan pemimpin atasan PAS. Lebih baik MKT dok kat rumah layan PS3 lagi banyak faedahnya dari buang masa mendengar temberang mereka ini.

P/S dari MKT : Datuk Wan Salleh dan Ketua Penerangan PKR tak nampak pun semalam? Bergolak sakan nampaknya Pakatan Rakyat Daerah Langkawi ni gayanya...Ke tidak dijemput oleh YDP PAS Langkawi sebab berniat hendak jatuhkan beliau?...









6 ulasan:

Anonymous said...

Kan Puak Pas ni pembohong besaq. Jahat sungguh depa no. Kerja depa hanya pi mengaku apa yang BN buat. Ukir Mall depa buat. Kahkahkahkah...Pemuhong sungguh YB ni...

Anonymous said...

TAHNIAH MKT

Anonymous said...

KAMI KAT ALOR STAQ TAU. UKIR MALL ADALAH KERAJAAN BN YANG MULA. YANG DEPA PI DOK MENGAKU PASAI APA?. TAK TAU MALU SUNGGUH.

Anonymous said...

KALAU TAK TIPU MANA BOLIH PANGGIL PAS. PAS SINONIM DENGAN MENIPU. SAYA HARAP TIADA ISTERI ORG JADI MANGSA MALAM TU DI LANGKAWI..NANTI BAU XXXXX LEKAT KAT MISAI.

Anonymous said...

Bangunan ukir tu dah ujud 30 tahun yang lalu....PR baru 3 tahun perintah....

Melayu Kedah Terakhir said...

hehehe...PAS hnya nk p rasmikan jer. Sb tu dia dok jual pd org2 Lgkw. Tp dia dh lupa ingat org2 Lgkw ni x penah turun A.Star kot?....heehehe

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.