.

.

Pages

PERANG DINGIN 3 PELINGKUP NEGARA...

Thursday, February 2, 2012

Assalamualaikum...
Hebat! Itu yang MKT dapat luahkan kepada Ustaz Azizan berkenaan kecekalan beliau menghadapi sistem politik PAS yang sempit. Sehingga sekarang pun MKT tidak dapat melihat seorang pun exco Kerajaan Negeri Kedah yang tampil mempertahankannya. Sememangnya Ustaz Azizan bijak menafikan pergolakkan yang timbul di dalam PAS Kedah walaupun rakyat Negei Kedah sudah mengetahuinya.

Apa yang perlu MKT hujahkan di sini adalah ketegasan Ustaz Azizan mengenai AUKU adalah benar. Tidak perlu dinafikan oleh sesiapapun. AUKU masih relevan dilaksanakan di Institusi-institusi Pengajian Tinggi di negara ini. Sia-sia sahaja demonstrasi si Adam Adli menurunkan bendera Najib tempohari. Sia-sia sahaja Aziz Bari yang kononnya 'pakar perlembagaan' memutarbelitkan  akta tersebut. Nampaknya PKR cukup ANTI Ustaz Azizan buat masa sekarang ini..hehehehe....

Bayangkan skrip drama PKR megenai AUKU ini sudah hampir tamat, tiba-tiba sahaja dimatikan oleh kenyataan seorang Menteri Besar PAS. Geng mereka juga pulak tu. Mesti 'angin gila' pakar-pakar strategi PKR. DAP pula mengambil pendekatan berdiam diri sambil melihat senario perang dingin antara PAS dan PKR. 

DAP sepatah haram pun tiada dakwa dakwi mengenai kes ini. Sepatutnya DAP kena ambil jalan tengah mendamaikan kedua-dua 'geng' nya. Tetapi berlainan reaksi DAP, hanya diam seribu bahasa. 

Fikir-fikirkanlah, inikah ciri-ciri kepimpinan yang kita mahukan di negara ini? Asyik berperang dingin sesama mereka pada setiap bulan dalam pelbagai isu pulak tu. Lihat pula tolenransi antara UMNO dan rakan-rakan didalam Barisan Nasional. Kita sebagai rakyat biasa cukup payah hendak mendengar peselisihan pendapat hingga membawa kepada perang dingin didalam parti komponen BN. Sebab itu, Kerajaan yang dibawah pentadbiran UMNO/Barisan Nasional begitu profesional, komited dan serius dalam menguruskan hal ehwal rakyat. Oleh sebab itu, pergolakkan politik dalaman BN tidak dapat mempengaruhi perjalanan pembangunan kepada rakyat. Maka, Renung-renungkanlah....

P/S dari MKT : MKT yakin, mesti ada agenda sebalik peristiwa ini. Kerana masing-masing mengambil langkah  behati-hati dalam menangani isu Ustaz Azizan ini. Tetapi, apakah agenda itu?...Gunakanlah sikit akal untuk berfikir sama para pembaca ya....hehehehe....

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.