Datuk Seri Najib Tun Razak pada Disember tahun lepas telah melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi bagi meletakkan nama pulau lagenda itu sebaris dengan pulau-pulau terkemuka dunia seperti Seychelles, Mauritius, Bali, Hawaii dan Maldives.
Sejajar dengan pelan terperinci yang membabitkan pelaksanaan program pembangunan Langkawi bagi tempoh 2011-2015 itu, Perdana Menteri berkata Langkawi perlu melaksanakan penjenamaan yang kuat dalam tempoh terdekat terutama dalam memperkenalkan alam semula jadinya yang hebat.
Menurut beliau, pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi dijangka menggandakan pendapatan sektor pelancongan kepada RM3.8 bilion melalui kehadiran tiga juta pelancong pada 2015 di samping mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan.
Perdana Menteri berkata, sebanyak RM5 bilion pelaburan diperlukan dalam tempoh pelaksanaan rangka pembangunan itu dengan 52 peratus pelaburan akan dijana oleh sektor swasta.
Kerajaan memperuntukan RM420 juta bagi menjayakan pembangunan sebagaimana yang disenaraikan dalam pelan itu dan peruntukan itu telah diumumkan dalam Bajet 2012.
Assalamualaikum...
Apa lagi yang masyarakat Langkawi bimbangkan? Sedangkan Perdana Menteri sudah pun memberi jaminan akan membangunkan pulau ini sebaris dengan pulau-pulau yang terkenal di dunia. Kerajaan sedaya upaya membantu rakyat untuk memperbaiki kehidupan hingga ke keadaan yang cukup selesa. Bukan hanya di Langkawi malahan seluruh negara Kerajaan akan cuba membantu meringankan bebanan akibat pelobi-pelobi kenaikan harga barangan.(kebanyakkannya dari DAP)
MKT yakin yang Datuk Seri Najib bin Tun Razak sebagai Perdana Menteri mampu untuk membawa kita ke arah negara yang berdaya saing selaras dengan Wawaan 2020 yang kian menghampiri. Kita sebagai rakyat harus bersyukur kerana dianugerahkan seorang pemimpin yang cukup memahami hati rakyat. Inilah baru pemimpin 'ANUGERAH TUHAN' bukannya seperti seorang pemimpin PR yang tidak ada jasa tetapi ditabal menjadi ANUgerah Tuhan..hehehe..
MKT juga yakin yang ada juga juak-juak PR akan memainkan isu yang MKT hujahkan di atas. Tetapi, seperti biasalah. Juak-juak murahan PR ini tidak akan berhenti menolak kebenaran ini walaupun ianya didepan mata. Hakikat yang nyata juak-juak ini akan mengiakan kata-kata jumud pemimpin mereka hatta ianya adalah perkara yang bathil dan akan menolak perkara yang hak dengan sombong. Tidak langsung menggunakan otak untuk berfikir dan menyiasat samada ianya betul atau salah.
MKT tidak heran dengan cemuhan juak-juak pembangkang dilaman sosial ataupun di alam realiti. Kerana tiada gunanya bertegang urat dengan mereka yang terang-terang telah jumud akalnya. Rasullah sendiri pun tidak bertegang leher, berdakwah kepada Abu Jahal kerana kesombongan yang ditunjukkan oleh Abu Jahal walaupun hakikatnya dia mengakui kebenaran Baginda Rasullah...Lebih baik MKT ikut sunnah Baginda Rasullah kerana Islam menyuruh kita biarkan jika mereka tidak mahu menerima kebenaran di depan mata. Hanya mampu MKT buat adalah berdoa kepadaNya sahaja agar diberikan hidayah kebenaran...
P/S dari MKT : UMNO ini diibarat lebah madu. Walaupun sakit digigit tapi merasa juga madunya. Pakatan Rakyat pula ibarat nyamuk. Sakit digigit ditambah pula dengan penyakit-penyakitnya...hehehehe...Larat ke kita yeopp....hehehe
0 ulasan:
Post a Comment