.

.

Pages

RELEVAN LAGIKAH?

Friday, February 3, 2012

Assalamualaikum...
MKT rasa PAS sudah hilang integritinya sebagai sebuah parti politik yang relevan untuk mengantikan UMNO di persada politik negara pada sekarang. Kerana apa? Ini adalah kerana PAS bukanlah seperti PAS yang dahulu seperti zaman Ustaz Fadzil Noor (arwah) menerajuinya. Ditambah pula dengan kemasukkan  golongan-golongan Anwarinas dan parasit makin memburukkan imej PAS di mata masyarakat. Sebenarnya golongan-golongan veteran di dalam PAS mahupun di luar PAS sudah kelihatan goyah semangat mereka untuk terus memberi sokongan kepada perjuangan palsu PAS kali ini.

PAS sepatutnya mendengar dan membuat kajian demi kajian mengapa golongan ini terus memencilkan diri dari terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti PAS. Terus terang MKT katakan mereka ini sebenarnya dipinggirkan oleh PAS versi baru. Versi dimana matlamat menghalalkan cara. Versi dimana hukum Islam diketepikan, politik cara Yahudi dan Syiah diutamakan.

Permulaan kesilapan PAS adalah mencantas Ustaz Nasharuddin. Atas alasan menyokong gabungan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. MKT rasakan ianya adalah tindakan yang agak kejam dan bongkak kerana menolak tangan tanda ingin berdamai demi bangsa dan agama. Yang dijadikan kambing hitam adalah Timbalan Presidennya pada waktu itu. Kasihan...

Kesilapan kedua PAS adalah ketika memecat Dr. Hassan Ali. Juga atas alasan yang agak dangkal. Tindakan Hassan Ali merampas arak disalah sebuah kedai serbanika di Selangor, memalukannya dirinya kerana beliau bertindak atas janji-janjinya semasa PRU yang lepas. Kemudian, isu Gereja DUMC. Juga memalukan beliau sebagai Exco Agama yang bertanggungjawab dalam isu murtad. Selepas itu isu teguran kepada penyokong-penyokong PR agar jangan melibatkan diri didalam kempen 901 Bebaskan Anwar. Salahkah jika beliau memberi nasihat yang berguna? Tetapi apa yang PAS telah lakukan? Pecat Dr. Hassan Ali tanpa alasan yang cukup kukuh. Walhal bukan beliau seorang sahaja yang pernah melanggar Fasal 82 (g) Perlembagaan PAS, ramai lagi pemimpin atasan mereka.

Sebenarnya telah banyak kesilapan-kesilapan yang PAS telah lakukan demi hendak mengharungi survival politik didalam ombak politik negara sekarang. Digadaikan agama demi memenuhi nafsu rakan-rakan politik didalam Pakatan Rakyat. Apa gunanya mengadai agama dan bangsa sedangkan orang lain hanya bertepuk tangan. Bukan memuji tetapi gembira dengan perpecahan bangsa Melayu. Renung-renungkanlah...

P/S dari MKT : Nasihat, sudah. Teguran pun sudah. Jika sifat bongkak dan takbur menguasai diri, tiada gunanya berdamai lagi. Kerana sifat-sifat itu adalah sifat-sifat azali Iblis Laknatullah...maka wajiblah kita peranginya.



0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.