.

.

Pages

PERINGATAN KEPADA BARISAN NASIONAL DAN UMNO...

Friday, February 3, 2012

Assalamualaikum...
Terpanggil MKT pada hari ini untuk mengulas mengenai isu kepala babi/khinzir di depan sebuah surau di Selangor baru-baru ini. Seperti biasa juak-juak Pakatan Rakyat menuduh ini adalah kerja UMNO/BN. Siap buat laporan polis puak-puak pemimpin bangsa kafir di dalam Pakatan Rakyat. Kononnya menunjukkan keperihatinan mereka terhadap Islam.

Jangan lupa....jangan sesekali kita lupa....


Ehh...jangan berlakonlah wahai pemimpin-pemimpin Cina di dalam Pakatan Rakyat. Ini semua adalah strategi murahan politik. Nama strategi ini adalah Mengemis Undi Simpati. Ini bukannya tuduhan dari MKT tetapi  kenyataan. Sebab taktik ini akan kerap kali dimainkan setiap kali bila hampir-hampir PRU atau selepas PRU. Lepas itu, diam sejenak. 

Biar MKT terangkan sedikit sebanyak strategi perang saraf Pakatan Rakyat. Mereka sudah tahu kekalahan semakin menghampiri. Mereka juga sudah nampak akan tsunami politik akan kembali meranapkan mereka. Pada kajian mereka, rakyat sudah kembali merapatkan saf bersama-sama pimpinan Perdana Menteri. Bangsa lain seperti Cina dan India pun sudah muak dengan janji-janji Pakatan Rakyat yang lalu dan mula mengalih arah. Kelemahan demi kelemahan ditunjukkan bukannya dari UMNO/BN tetapi dari pemimpin parti mereka sendiri. Jadi, cara yang paling berkesan untuk mendapat undi adalah dengan menarik simpati. 

Jangan lupa....jangan sesekali kita lupa....

Kerana mereka sudah masak benar dengan sikap bangsa-bangsa di Malaysia ini. Apabila sesuatu isu dimainkan dengan menggunakan sensitiviti agama, maka siapa yang bangun mempertahankan isu tersebut adalah dianggap juara. Inilah cara permainan Pakatan Rakyat pada kali ini. Isu hudud sudah diam, dimainkan pula isu madrasah Salihiah. Selepas isu madrasah sepi seketika, dimainkan pula isu babi pulak.

Ehh...gunalah cara pendekatan yang lain la. Cara ini sebenarnya sudah lama digunakan dan telah tercatit dalam sejarah sebagai strategi yang paling ampuh untuk mendapatkan sokongan.

Jika mereka ini begitu sensitif tentang agama, mereka sepatutnya dari awal dulu lagi mempertahankan Islam bukannya mencemarkannya. Seperti masuk kedalam masjid tanpa menutup aurat. Jangan kita lupa wahai rakyat Malaysia...Ingat dahulu semasa Teo Nie Ching (DAP Serdang) masuk dan memberi Tazkirah didalam masjid. Kita sebagai orang Islam pun agak takut-takut hendak masuk ke dalam gereja. Jangan kita lupa bagaimana Khalid Samad (PAS) mempertahankan golongan-golongan Kristian dengan membenarkan penggunaan nama Allah sebagai Tuhan mereka. 

Jangan lupa....jangan sesekali kita lupa....

Jangan kita lupa bagaimana Lee Kuan Yew berjaya menarik simpati Melayu Singapura pada masa dahulu. Dengan bersongkok dengan senyuman yag tak lekang dari bibir. Tetapi apa nasib Melayu Singapura sekarang? Bukan lagi menjadi tuan ditanah tumpah mereka sendiri.

Jangan lupa....jangan sesekali kita lupa....

Ingatlah sejarah permainan mereka terhadap agama Islam. MKT tidak rasakan isu ini dilakukan oleh orang-orang UMNO/BN. Bagi MKT ianya dilakukan oleh juak-juak mereka dalam merealisasikan strategi lapuk mereka itu.






0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.