MKT nak sambung berkenaan tajuk sebelum ini klik sini dimana di harap memberi sedikit kesedaran kepada para pembaca yang dihormati.
Begitu juga dari segi pendidikan, berapa
banyak sudah institusi pendidikan yang pentadbiran Pakatan Rakyat sudah
realisasikan? PAS boleh juga berbangga dengan taska PASTI. Bagaimana dengan PKR
dan DAP? Sudah ada berapa banyak pusat pegajian? Setakat nak berbangga dengan
pusat pengajian hak milik kerajaan negeri tu, tak perlulah kerana ianya dibina
semasa zaman UMNO/BN memerintah lagi. Kiranya itu adalah idea dari UMNO/BN
bukannya idea Pakatan Rakyat.
Kita lihat pula dari sudut penjagaan kesihatan. Berapa banyak sudah Hospital atau klinik yang Pakatan Rakyat bina dan memberikan rawatan dimana boleh dikatakan macam percuma sahaja. Baru -baru ini terbit pula idea terbaru iaitu Klinik 1 Malaysia. Ilham dari YAB Perdana Menteri Malaysia bukannya idea dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Jangan beri alasan murah seperti belum menjadi Kerajaan mutlak. Kerana jika Pakatan Rakyat benar-benar hendak membela rakyat Malaysia, sepatutnya mereka sudah mula menetapkan wawasan demi wawasan serta melaksanakannya di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Bukan menunggu hendak menakluk seluruh negara baru hendak berfikir nak bawa hala tuju.
MKT hendak membuka minda para pembaca semua. Jikalaulah satu negeri belum tumbang kepada Pakatan Rakyat, hakikatnya Pakatan Rakyat sudah mendapat mandat untuk memerintah negara, adakah Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan melaksanakannya? Sebab alasan satu negeri masih belum ditakluki...Jika itulah alasannya, lebih baik kekalkan Kerajaan yang sedia ada ini. Buruk-buruk pun Kerajaan UMNO/BN ini masih lagi merancang agenda untuk pembangunan negara.
P/S dari MKT : Buat apa pening-pening hendak pilih Kerajaan Baru? Sedangkan Kerajaan sedia ada ini pun kita masih lagi hidup aman damai. Tidak pula kedengaran Kerajaan sedia ada ini nak anjurkan pelik-pelik seperti demonstrasi ke, seksualiti merdeka ke, sokong LGBT ker ataupun sokong Murtad, betul tak?
1 ulasan:
kesian pembangkang dah makin terdesak semua yg dibuat oleh kerajaan tak baik bagi mereka..
Post a Comment