.

.

Pages

PERBEZAAN PEMIMPIN DUA KUMPULAN ( I )....

Thursday, February 9, 2012

Assalamualaikum...
MKT rasa peliklah. Pelik yang amat sangat-sangat. Kenapa? Kerana selama Pakatan Rakyat memerintah 4 buah negeri tetapi masih lagi mengamalkan cara hidup pembangkang. Dah serasi kot? Sepatutnya mereka kena tumpukan akan pembangunan zahiriah dan rohaniah di dalam negeri bukannya bertindak seperti pembangkang.

Lain pula keadaannya dengan UMNO/BN. Walaupun digelar pembangkang di keempat-empat negeri tersebut, masih lagi mengamalkan cara pentadbiran Kerajaan seperti sebelumnya. Masih lagi turun padang pemimpin-pemimpinnya, bantu apa-apa yang patut apabila tiba apa-apa masalah rakyat ke telinganya.

Lihat sahaja kekerapan pemimpin Pakatan Rakyat turun padang tapi bukannya untuk membantu rakyat. Banyak ke arah ceramah-ceramah kosong, buat janji-janji kosong, buat dosa dengan cerita-cerita fitnah, cercaan dan lain-lain lagi. Bukankah ini sikap parti pembangkang?

Lain keadaannya apabila pemimpin-pemimpin UMNO/BN turun padang. Banyak masalah rakyat dibantu sedaya upaya. Tidak ada caci-maki, cercaan, fitnah-fitnah dan lain-lain. Bila berjanji 10, rasanya 8 dapat ditunaikan. Biasalah, mereka inipun manusia. Itu sikap sebuah pemerintah mutlak Kerajaan Negeri. 

Segala pembangunan di keempat-empat negeri adalah hasil dari idea UMNO/BN. Bukannya hasil idea dari Pakatan Rakyat. Tetapi ada jugak pemimpin dan juak-juak Pakatan Rakyat dok pukul canang keliling negeri mengatakan ianya adalah hasil dari pentadbiran Pakatan Rakyat. Ehh...kasi logiklah sikit. Adalah mustahil membina sebuah tamadun hanya baru 4 tahun memerintah sesebuah negeri. Nak berbohong pun biarlah orang tidak tahu ianya adalah satu cerita bohong, kan?

Rasanya jika ditakdirkan Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya pun akan mengaku mereka adalah arkiteknya...hehehehe....







0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.