Assalamualaikum...
Ada berita yang menarik telah berlaku pada hari ini.
Pertama, ianya bermula dengan berita video yang kotor, maka telah terjadi peperangan antara Salahuddin blogger dari Unspinners yang telah mula mencerca Anuar dari blog UMNO Reform 2. Memanggilnya pelbagai nama dan menuduh beliau sebagai pengecut yang mungkin hanya Salahuddin dan anak-anak buah beliau dapat memahami kenapa. Kerana kebanyakan kita di sini yang membaca dari setiap blog dan portal setiap hari, dan cuba untuk memahami dari mana semua kebencian ini datang?
Pada mulanya, Salahuddin Hisham telah mengeluarkan satu artikel (telah ditarik balik)pada awal pagi semalam menuduh yang bukan-bukan kepada Anuar UMNO Reform. Ceritanya sebenarnya tidaklah begitu rumit tetapi jika dibawa berbincang elok-elok, bukankah ianya lebih baik. Ini semuanya sekadar salah faham sahaja. Bagi pendapat MKT, blogger UMNO Reform 2 telah sedaya upaya tidak mahu mengeruhkan keadaan dan telah membalas dengan tuduhan tersebut dengan baik sekali klik sini. Tiada kata-kata nista barang sepatahpun darinya. Inilah sebenarnya pejuang UMNO yang tulen. Tidak menggunakan cerca, makian dan tuduhan liar kepada sesiapa sahaja pun. Walaupun di hujani dengan hebat pelbagai rintangan.
Artikel yang ditarik balik |
petikan dari artikel UMNO Reform2
Buang Yang Keruh dan Ambil Yang Jernih....
P/S dari MKT : Sahutlah cabaran UMNO Reform untuk BERDEBAT, wahai Unspinner. Tidak ada salahnya jika kamu inginkan kebenaran. Biarlah jawapan itu keluar dari mulut yang tertuduh itu sendiri. Walahualam...
0 ulasan:
Post a Comment