.

.

Pages

PEMBOHONGAN JUAK-JUAK PAKATAN RAKYAT LAGI

Friday, February 24, 2012

Assalamualaikum..

Ramai bebenor juak-juak Pakatan Rakyat yang marah kepada MKT. Hinggakan didalam blog picisan pro Pakatan pun sudah jelas-jelas memaki MKT. Siap dicadangkan untuk disaman sahaja... Hakikatnya juak-juak Pakatan Rakyat masih lagi tidak sedar yang mereka ini telah ditipu hidup-hidup oleh pemimpin atasan parti kesayangan mereka. Bak kata pepatah 'Bohong kering'....

MKT ada la satu cerita berkenaan juak-juak Pakatan Rakyat yang jelas-jelas nak menipu tapi tak reti. 

Baru-baru ni MKT ada berjalan-jalan di Bandaraya Alor Setar sebab hendak merisik isu Pusat Dakwah yang bakal dirobohkan tu. Tiba-tiba datanglah seorang rakan baik MKT  bersama rakannya. MKT tidak tahu yang rakan kepada rakan baik MKT adalah penyokong tegar parti sebelah sana tu.

Kami pun bersembang-sembang dan terkeluarlah isu  Wisma UMNO di Langkawi yang menurut rakan Pro PR ni menuduh yang Wisma UMNO Langkawi telah pun disewakan kepada peniaga-peniaga dari golongan bangsa Cina. Adeh....

Terpaksalah MKT pergi ke Langkawi untuk menyiasat samada perkara itu benar ataupun tidak. Rupa-rupanya jelas-jelas rakan yang pro PR tu telah berbohong. Gambar sebelah ini adalah Wisma UMNO Langkawi. Cuba juak-juak ini tunjukkan dicelah manakah yang peniaga-peniaga Cina telah sewa tu? Rupa-rupanya pemimpin-pemimpin PR sebelah darat Kedah  telah menjaja perkara buruk mengenai Langkawi dan apabila datang ke Langkawi pula dijaja pula keburukan sebelah darat Kedah sana. Perghhh......hebat psikologi juak-juak Pakatan Rakyat ni.

Ni ada lagi satu manusia juak-juak PR yang kononnya asal dari Kedah tetapi rupa-rupanya sudah MURTAD dengan asal usulnya. Cuba para pembaca klik pada gambar di bawah..


Siap kutuk Kedah dan dilabelkan sebagai negeri ULU. Tetapi dia belum sedar yang dalam K/Pnya tertera negeri kelahirannya. Apa kata para pembaca semua tentang mamat poyo ni?


2 ulasan:

anak ibu said...

Sah mamat tu x layak jd pemimpin pasal lupa daratan.

mayna@mell said...

hahaha... kesian mamat ni... x sedar asal usul... ni baru dok kl dah lupa diri.. jangan x tau dulu kl pun x dak apa... sebenarnya org2 yg dok kat kl tu semua asalnya dari KAMPUNG... sebab tu bila KL dimajukan berlakulah PENGHIJRAHAN.. lawak seyh.. haramkan ja dia dari pijak bumi kedah..

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.