.

.

Pages

KONFLIK PAS KEDAH INI SUDAH LAMA RUPANYA...

Friday, February 24, 2012



Simpan saja Azizan rahsia-rahsia penyelewengan itu. Bukankah di Kedah PAS dan UMNO macam adik-abang dan adik-beradik. Jika UMNOlah yang ada rahsia-rahsia itu, bukan sahaja Azizan, malah PAS dan Pakatan Rakyat Kedah sudah dilondehkan oleh UMNO dan kelihatan berjalan -jalan di Tanjung Bendahara sambil ketawa bersendirian.
Orang Kedah marah PAS dan Azizan bukan sangat kerana harga air naik tetapi kerana sindrom bisu Azizan sebelum ini sangat-sangat berdarah-dagingkan UMNO. Bukankah Azizan membisu dalam kebanyakkan penyelewengan UMNO dan BN sebelum ini di atas dasar adik-beradik. Selepas dibelasah UMNO dan BN Kedah, Azizan cuba memuntahkan apa yang terlekat dihalkumnya.
Lama-lama nanti orang Tamil Bukit Selambau kata, Azizan dan Abdullah Badawi ada macam surpa (serupa) lah. Abdullah sudah kasi buang, Azizan pun kasi tarik sama !

Assalamualaikum...

Dalam MKT melayan perasaan sambil mengintip-intip di dalam blog pembangkang, MKT ternampak satu luahan seorang blogger yang pro pembangkang bernama Afrar Yunus dari blog Detikdaily.net. 

Ayat yang ditulis dalam artikelnya adalah seperti di atas. Ini bermakna Ustaz Azizan sendiri sebenarnya bukan sahaja dimusuhi oleh rakan Pakatan Rakyat atau exco-exco Kedah tetapi oleh blogger pengampu pakatan Rakyat sendiri?

Sememangnya entri ini sudah lama iaitu dari bulan 10 tahun lepas tetapi para pembaca boleh nampak dengan jelas dimana konflik PAS Kedah sebenarnya telah lama berlaku cuma mereka begitu bijak menutup masalah ini.
Bangkai Gajah tidak boleh ditutup dengan daun nyiur..Sekarang satu Malaysia sudah tahu cuma tunggu keputusan terakhir dari mulut Ustaz Azizan sahaja. 

MKT nasihatkan kepada Ustaz Azizan, lebih baik letakkan jawatan. Daripada terus memegang jawatan Menteri Besar tetapi banyak musuh menikam daripada belakang, nak buat apa? Barisan UMNO Kedah adalah musuh politik yang nyata tetapi yang lebih merbahaya adalah musuh yang tidak nampak niatnya. Seperti rakan-rakan exco Kedah yang sudah mula memasang angan-angan menduduki kerusi empuk Menteri Besar...

5 ulasan:

stereng luih said...

Salam,

boh jgn tak boh!

newbie!

Anonymous said...

Gunting dlm lipatan, bahya oooo...

Anonymous said...

kenyataan bodoh tuan rumah..orang kedah tak marah pasal air naik..air naik bukan MB azizan yang tentukan..ada sekolah ke..? Kami hingaq pasal harega letrik naik diam2 tinggi melantun..tue yang kurang ajaq namanya...tapi kerajaan.BN..tak berhati perut..

Ibnu Dahlan said...

Hihihi...maksudnya kenyataan bodoh itu ditujukan khas utk blogger pro pembangkang tu yer?...Alhamdulillah...dh sedar pun juak-juak ni...

Ibnu Dahlan said...

Hihihi...sendiri yg bodoh dikata org len pulak yg bodoh...MKT nk tnya sikit jer, TNB milik sapa sebenarnya? Jk semasa LLN dulu, kena lah nk tembak pd sasaran pn...hihihi...Itulah, len kali x taw bertnya jgn serkap jarang. Last2 diri sendiri yg terlihat kebodohannya.....

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.