.

.

Pages

2 SENARIO SATU BEZANYA...

Friday, February 24, 2012

Assalamualaikum...


Senario 1


Rakyat Malaysia yang menaiki kapal utama 'Rachel Corrie', satu daripada enam kapal dalam armada kapal kecil yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, selamat, selepas tentera Israel menaiki kapal Turki bagi menghalang konvoi itu.


Senario 2


Nasib sembilan sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dari Malaysia dan dua krew televisyen Astro Awani yang berada atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel ketika misi kemanusiaan menghantar bantuan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza pagi semalam, belum diketahui.

Apakah persamaan antara dua senario di atas dan apakah pula perbezaannya? Persamaannya adalah kedua-duanya dibiayai oleh Kerajaan Malaysia yang di tadbir oleh UMNO/ Barisan Nasional. Perbezaannya pula adalah tiada sesen pun antara bahan bantuan ke Gaza tersebut datangnya dari derma-derma PAS atau PKR. Jika hendak kaitkan dengan DAP, jauh api dari panggangnyalah.

Pakatan Rakyat begitu hebat menyerang UMNO dari segenap sudut mengenai Malaysia yang menjadi rakan dagang Israel hakikatnya Malaysia tidak sesekalipun mengiktiraf Israel sebagai satu negara dan sentiasa menyokong pembebasan Palestin dari cengkaman Israel. 

Pernahkah kita terdengar satupun ayat dari Perdana menteri yang pertama dahulu hinggalah ke sekarang yang menyokong regim Israel sebagai satu negara? Jika ada, sila kemukakan bukti hatta sepatah sahaja ayat yang mengatakan pemimpin no 1 negara mengiktiraf Israel.

Sebenarnya kelancangan juak-juak Pakatan Rakyat ini hanyalah untuk membantu menutup kesilapan pemimpin kesayangan mereka iaitu Anwar Ibrahim. Bukannya mereka benar-benar maksudkan untuk menyalahkan Kerajaan. Kerana mereka juga tahu jika ditakdirkan mereka memerintah negara ini pada suatu masa akan datang, pemimpin mereka juga akan tetap menjalinkan hubungan dagang dengan Israel seperti yang berlaku sekarang. Ayat-ayat yang mereka tohmahkan ini juga akan mereka jilat kembali bersama dengan kahak-kahaknya. Kerana itulah sifat semulajadi yang ada didalam hati perut mereka itu...

MKT syorkan supaya para pembaca yang menyokong dan yakin dengan Kerajaan UMNO/BN supaya jangan melatah dengan permainan juak-juak yang dangkal akalnya ini. Kerana mereka sememangnya mahu melihat kita membuat satu tindakan bodoh dimana akhirnya akan memusnahkan diri, negara dan agama anda. Biarkan mereka dengan kedangkalan akal kerana ribuan anjing yang menyalak bukit tak akan runtuh bukit kerana salakannya...hihihi.... 

P/S dari MKT : Dari dulu lagi MKT sudah tahu betapa dangkal dan bebalnya akal-akal juak-juak Pakatan Rakyat ini. Sebab itu, MKT tidak rasa tergugat pun dengan skrip-skrip makian mereka ini...





0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.