.

.

Pages

LAYAKKAH NIK AZIZ MENJADI MURSYIDUL AM PAS?

Monday, February 20, 2012


FASAL 9. Tugas-tugas Majlis Syura ‘Ulamak

(1) Mursyidul 'Am
(a) Bertanggungjawab sebagai ketua Majlis Syura 'Ulamak bagi melaksanakan kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Fasal 7A (1)(a), (b), (c) dan (d) Perlembagaan ini.
(b) Menetap dan mempengerusikan mesyuaratmesyuarat Majlis Syura 'Ulamak.
(c) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara Perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.


Assalamualaikum..

Hari ini MKT hendak mempertikaikan Perlembagaan PAS berkenaan jawatan Mursyidul Am yang dijawat oleh Tuan Guru Nik Aziz di bawah fasal 9 (c). MKT hendak bertanya kepada pembaca semua, apakah tindakan Mursyidul Am PAS untuk mengawasi dan memelihara Perlembagaan dan hukum PAS selama ini? Bagi MKT, tiada. Sebab beliau tidak mengawasi segenap penyokongnya supaya mematuhi perintah Tatatertib di bawah Fasal 82 Perlembagaan PAS iaitu :

(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.

Ajaran Islam adalah syumul dan menyeluruh. Mengajar manusia supaya tahu menghormati orang lain walaupun musuh sekalipun. Tetapi pernahkah beliau menegur keseluruhan ahli-ahli PAS agar hentikan cercaan dan makian kepada UMNO? Tidak sama sekali. Jadi apa gunanya beliau menjadi Mursyidul Am sedangkan perkara semudah itupun beliau gagal mengawalnya? Malahan beliau juga mengeluarkan fatwa bahawa Allah s.w.t. pun memaki hamun, jadi disebabkan hendak samakan taraf manusia dan Tuhan diizinnya perbuatan tersebut. Ada logik ker?

1 ulasan:

Muhammad Naim Abdullah said...

hebat entri ini.

jom singgah:
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/02/syria-hak-bersama-rakyat-malaysia.html

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.