Ini antara mesej yang disampaikan dalam surat bantahan yang diserahkan kepada pejabat Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pagi ini.
Dalam perhimpunan itu, kira-kira 50 orang berarak daripada bulatan dekat Masjid Putrajaya ke pejabat perdana menteri untuk menyerahkan surat itu sambil menyanyi dan membaca 18 tuntutan mereka.
Setibanya di pagar, mereka bersama-sama melaungkan slogan: "Ya untuk urumai, tidak kepada nammbikei".
Assalamualaikum...
Hindraf sudah mula nak buat perangai ker? Ingatkan sudah mati Ngo India ni. Menuntut Perdana Menteri menunaikan segala tuntutan mereka KLIK SINI. Ehh...sapa lu mamat? Bangsa India di negara ini sudahpun mempunyai wakil untuk bersuara.
Dimanakah Hindraf sewaktu Kg. Buah Pala dirobohkan? Dimanakah Hindraf sewaktu pekerja-pekerja estet terbiar susah?
MKT tertarik dengan salah satu tuntutan Hindraf berkenaan penduduk yang kehilangan tempat tinggal disediakan rumah mampu milik bukannya rumah pangsa. Hindraf ni masih bermimpi lagi rupanya. Sebelum hendak dilaksanakan tuntutan ini, MKT nasihatkan lebih baik Hindraf hantar dahulu notis ini kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Kerana dibawah pentadbiran beliau, sudah tidak ada rumah mampu milik yang telah dibina di Pulau Pinang.
Rasanya Perdana Menteri sudahpun memberi lebih dari apa yang di minta oleh Hindraf kepada bangsa India di Malaysia. Antaranya pinjaman perniagaan TEKUN telah dibuka untuk golongan ini. Betul tak? Dan banyak peluang-peluang yang hebat dikurniakan tetapi pernahkah mereka ini tahu berterima kasih?
P/S dari MKT : Tindakan Hindraf ini sebenarnya boleh menyebabkan api amarah Bangsa Melayu yang sebelum ini sudah malap akan kembali marak. Nasihat MKT kepada Hindraf, jangan menjolok sarang tebuan, kelak diri yang akan merana...
0 ulasan:
Post a Comment