.

.

Pages

SALAKAN ANJING PAKATAN RAKYAT YANG SEBENARNYA

Sunday, February 19, 2012


Bahawasanya kami,
Dengan menginsafi bahawa asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh di bumi Malaysia;
Dan menginsafi bahawa rakyat Malaysia semakin dinafikan hak dan terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.
Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang menghancurkan terus demokrasi, keadilan yang palsu dan berpura-pura berkebajikan.
Dengan berteraskan semangat Perhambakan Rakyat, kami berjanji:

Pertama: Akan mengubah dasar Perlembagaan Persekutuan kepada Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat;
Kedua: Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu penipuan kepada rakyat;
Ketiga: Akan memporak perandakan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat;
Keempat: Akan terus memperkasa jati diri dan menerima segala sogokan yang mendorong ke arah mengkhianati Pakatan Rakyat;
Kelima: Akan tetap memberikan janji-janji palsu dan  harapan kepada rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan kerana rakyat mudah ditipu.
Bahawasanya kami dengan ini berikrar akan tetap setia bersama perjuangan Pakatan Rakyat demi rakyat Malaysia dan meyokong Israel hingga ke akhir hayat kami.
Assalamualaikum...
Inilah ikrar Pakatan Rakyat sebenarnya. Selama ini segala slogan dan ikrar yang diwar-warkan adalah temberang semata-mata demi untuk meraih kepercayaan rakyat. Tiada satu pun jasa Pakatan Rakyat yang boleh dibuktikan dapat membantu rakyat. Rakyat pun sudah nampak akan perjuangan sebenarnya Pakatan Rakyat iaitu untuk merealisasikan angan-angan seorang individu untuk menjadi Perdana Menteri sahaja. Apakah sanggup berkorban satu negara untuk seorang sahaja? Pada MKT, tiada relevannya menggadaikan satu negara demi seorang individu yang tamak itu. Bagi MKT, Kerajaan sekarang lebih banyak membantu rakyat dari menyiram air liur di atas pentas ceramah kepada rakyat dan mengemis duit dari rakyat. Betul tak?

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.