.

.

Pages

KOS GUAMAN : QARDHAWI SUDAH KELUARKAN FATWANYA...APA JUAK-JUAK PR NAK SPIN LAGI?

Wednesday, February 1, 2012

Assalamualaikum...
Selama ini juak-juak Pakatan Rakyat menjaja isu penyalahgunaan wang zakat yang digunakan untuk tujuan pembayaran kos guaman oleh salah seorang Menteri dan Pegawai Atasan sebuah Majlis Agama. Pelbagai tohmahan telah dilemparkan kepada UMNO dan Menteri tersebut. Hinggakan boleh digambarkan menggamatkan seluruh negara akibat gendang fitnah oleh Pakatan Pembangkang. 


Hari ini, MKT hendak merujuk satu pandangan dari Sheikhul Islam yang selama ini menjadi rujukan juak-juak PR bila hendak melepaskan diri. MKT hendak tengok samada berani atau tidak juak-juak ini mengatakan ianya adalah fitnah ataupun tidak. Tetapi MKT dapat pastikan juak-juak ini akan tetap akan menafikan kenyataan ini walaupun keluar dari mulut Sheikhul Islam pujaan mereka sendiri.

Pandangan Sheikh Yusof Qardhawi berhubung hukum meminjam wang zakat, perlu difahami kedudukan wang zakat yang diberikan kepada yang layak. Zakat adalah pemberian kepada mereka yang layak. Terdapat 8 kategori manusia yang layak mendapat zakat dan salah satunya ialah al-Gharimeen. Al-Gharimeen bermaksud orang-orang yang menanggung hutang. Mereka layak menerima zakat jika tidak mampu membayar hutang tersebut.

Justeru, mereka yang menerima zakat termasuk al-Gharimeen, tidak perlu membayar balik wang zakat yang diterima kerana zakat adalah pemberian, bukan pinjaman. Jika demikian, tidakkah seseorang yang memerlukan, lebih utama dianggap tidak layak menerima zakat atas nama pinjaman?

Ini adalah kerana wang zakat yang diterimanya atas nama pinjaman itu akan dibayar balik. Tidak seperti al-Gharimeen tadi. Mereka tidak perlu membayar balik zakat yang diterima.

Logiknya jika al-Gharimeen layak menerima zakat sedangkan mereka tidak perlu membayar balik, apatah lagi orang-orang yang memerlukannya? Sudah tentunya mereka yang lebih layak menerima zakat kerana mereka akan membayar balik wang zakat yang dipinjam.
Rujukan al-Allamah Yusuf al-Qardhawi

P/S dari MKT : Boleh ke juak-juak Pakatan Rakyat khususnya dari PAS menjawab? MKT nasihatkan jangan...kerana jika membantah maka akan jatuh tidak menghormati ulama...hehehehe....betul dangkal akal puak-puak PR ni..

5 ulasan:

Anonymous said...

Dalam isu Zakat (Jamil Khir) ni, siapa dia Al-Gharimin?

Melayu Kedah Terakhir said...

hehehe...jenis x faham cerita. Dh jelas agaknya keterangan diatas tu...Jawapan al-Gharimeen ada diatas tu, x kn nk spin gak kot?..hehehehe

Anonymous said...

Kalaulah ada rumah banglo besar... Adakah layak dikelaskan sbg al- gharimeen .. Bkan nak spin, tp statement saudara kurang meyakinkan

Anonymous said...

http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=377

Melayu Kedah Terakhir said...

persoalannya bukan kes rumah besar atau kecil tetapi (Logiknya jika al-Gharimeen layak menerima zakat sedangkan mereka tidak perlu membayar balik, apatah lagi orang-orang yang memerlukannya? Sudah tentunya mereka yang lebih layak menerima zakat kerana mereka akan membayar balik wang zakat yang dipinjam.) Dh pinjam wang zakat tetapi sudah dibayar balik. Ada mslh ker? hakikatnya seantero Malaysia sudah tahu yang duit itu sudah dibayar balik...apa mslhnya? Kita jgn tgk rumah org itu besar dia sentiasa ada duit. Dan begitu sebaliknya...

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.