.

.

Pages

GROUP JINGGA 13 MEMBUAT KUNJUNGAN RASMI KE MARKAS PKR AYER HANGAT

Tuesday, February 7, 2012

Assalamualaikum...
Semasa kebanyakkan rakyat Langkawi bergembira dengan Sambutan Perayaan Chap Goh Mei, ada yang bergembira bersama keluarga tersayang, ada juga yang bergembira membeli belah, PKR Langkawi juga tidak ketinggalan juga mengadakan ceramah di hadapan Pejabat PKR DUN Ayer Hangat. 

Dibarisi oleh mantan Senator Ir. Zamri Yusuf dan En. Fazer Musa Ketua Group Jingga 13 (group yang kononnya membongkar isu NFC) telah datang dan memberikan sedikit sebanyak taklimat. Kehadiran dianggarkan sebanyak tak sampai pun 50 orang peserta.

Antara isu yang dibahaskan oleh penceramah-penceramah itu :


1) Rasuah yang telah sebati dengan UMNO/BN
2) Kerajaan Pusat cemburu dengan pembangunan Kerajaan PR Kedah dimana telah membangunkan Kedah dengan berjaya.
3) Makluman tentang anak syarikat Kerajaan Negeri PKB akan melakukan acara pecah tanah di Pokok Asam untuk dibangunkan sebuah hotel bajet 14 tingkat.
4) Kejayaan Jingga 13 membongkar isu NFC 
5) Penyalahgunaan wang rakyat oleh Datin Seri Rosmah semasa Lawatan ke Australia.


Aduh...macam dah tidak isu lain dah ker? Rasanya semuanya sudah dijawab oleh Kerajaan dan blogger-blogger pro Kerajaan. Untuk makluman, rakyat sudah JELAK hendak mendengar pembohongan demi pembohongan yang di bangkitkan oleh blogger-blogger pembangkang. Terutamanya dari pimpinan atas Pakatan Rakyat. Henti-hentikanlah penyebaran berita basi ini. 


P/S dari MKT : Group Jingga 13 inilah pernah tendang MKT dan rakan-rakan dari group mereka. Group yang kesemuanya jenis buta dan tuli Pakatan Rakyat. Jenis tidak mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.