.

.

Pages

MINYAK GLOBAL AKAN NAIK LAGI...APA NASIB MALAYSIA?

Tuesday, February 7, 2012

Assalamualaikum...

"Harga minyak mentah mampu mengalami kenaikan mendadak hingga mencecah ASD$160.00 setong sekiranya ketegangan berikutan sekatan minyak Iram berterusan atau berlakunya konflik perang" ujar Ahli Lembaga Kuwait Petroleum, Ali al-Hajeri kepada akhbar Al-Seyassah.

MKT terpegun seketika memikirkan apa akan terjadi apabila harga pasaran minyak global naik, secara tidak langsungnya akan naik juga harga minyak di negara kita ini.

Bayangkan PRU ke 13 sudah semakin menghampiri, krisis minyak global sudah semakin meruncing. Kepada rakyat yang sudah faham mengenai kenaikan minyak ini, syukurlah. Yang menjadi kerisauan MKT adalah rakyat yang kurang faham dan asyik akan menyalahkan Kerajaan. Pihak Pakatan Rakyat akan terus mencanang ke seluruh negara mengenai kegagalan Kerajaan menampung harga minyak di negara ini. Hakikatnya, pihak Pakatan Rakyat pun tidak mampu mengelakkan krisis minyak yang berlaku di seluruh dunia.

MKT risau akan dakyah menghasut dari pihak Pakatan Rakyat mengapi-apikan rakyat supaya bangun memberontak dan menggulingkan Kerajaan kerana kesalahan yang bukan Kerajaan lakukan.

Kerana apa? Kerana mereka-mereka ini akan menggunakan segala strategi yang mampu, baik cara yang bersih mahupun cara yang kotor demi hendak menakluki Putrajaya.

Apabila kesan krisis minyak global ini berterusan, maka Kerajaan terpaksa menaikan harga minyak di seluruh negara. Tambahan pula jika ianya dilakukan selepas PRU nanti. Secara tidak langsungnya pihak Pakatan Rakyat akan menggunakan modal lapuk ini untuk membangkitkan amarah rakyat dengan pelbagai janji-janji kosong. 

Tetapi ada juga berita baiknya, beliau juga berkata "Harga minyak itu tidak akan kekal lama apabila keadaan sudah kembali menjadi reda". Pada masa itu, apa pula alasan Pakatan Rakyat? 

Oleh sebab itu, MKT menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar jangan terperdaya dengan janji-janji manis Pakatan Rakyat. Kerana MKT yakin yang Kerajaan sedia ada ini lebih bijak dan lebih telus menanagni masalah rakyat daripada mereka.

P/S dari MKT : Jika Pakatan Rakyat rasanya boleh kawal harga minyak global, hari ini jugak MKT akan sokong Pakatan Rakyat. MKT cabar pihak tertinggi Pakatan Rakyat supaya membuktikan secara manual bukannya teori bagaimana hendak mengawal kenaikan harga minyak global.

0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.