.

.

Pages

FITNAH! SAYA TIDAK BERKHALWAT TETAPI BERJUMPA SAHAJA PADA JAM 3 PAGI

Wednesday, February 29, 2012


“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu.


 Assalamualaikum..

Petikan diatas adalah kata-kata dari seorang wanita yang telah dituduh berkhalwat bersama Ustaz Badrol Amin dihadapan Hakim Mahkamah Syarie', Abu Kassim Pilus.

Mungkin beliau tidak berdua-duaan di dalam bilik hotel tersebut dengan Ustaz Badrol Amin tetapi yang menjadi persoalannya, dalam sehari ada 24 jam dan diperuntukkan masa kepada setiap manusia selain dari tidur adalah selama 16 jam. Mengapa beliau mengambil waktu jam 3.00 pagi dan bukannya 3.00 petang? Itu sebenarnya yang beliau dan Ustaz Badrol Amin patut terangkan. Bukannya sekadar menafikan tuduhan berkhawat sahaja. 

Jika memberikan alasan sibuk sekalipun, takkanlah wajib bertemu pada jam 2-3 pagi? Jika perlu meminta bantuan sekalipun, sepatutnya biarlah ada peneman dari pihak Ustaz Badrol Amin bukannya hendak tunjuk 'gentleman' dimana akhirnya memakan diri sendiri. Takkan sebagai berstatus seorang Ustaz, beliau terleka kot pada hukum-hakam dalam Islam?


Rasulullah bersabda: “Janganlah seorang lelaki berdua dengan seorang wanita,” Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, “kecuali dengan mahram.” (HR. Bukhari) 


P/S dari MKT : Jika wanita itu bebenor tak mahu berceai, mengapa nak nafikan  setiap pertuduhan? Rasanya jika dia mengakupun, mahkamah akan mengizinkannya bercerai sebab nusyuz...

1 ulasan:

Anonymous said...

pandai la mu wat ulasan bab pihak hok dok se aliran dgn mu... tuh kalau pandai sangat buat kenyataan pada persoalan yg telah di timbulkan oleh idola parti hok mo sonkong tuh... baso puak kebenaran milik mereka keburukkan milik yang lain...

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.