.

.

Pages

CERITERA DARI LANGKAWI...

Monday, February 6, 2012

Assalamualaikum...


Pagi tadi telah berlaku satu kemalangan yang melibatkan pertembungan sebuah kereta dan sebuah bas persiaran. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Air Hangat, Langkawi. Kemalangan melibatkan tiga orang sahabat dari Kampung Kilim dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Langkawi.

Melihat keadaan kereta Kancil yang teruk, ketiga-tiga sahabat tersebut boleh dikatakan amat bernasib baik. Ini dinamakan 'Maunah' dari Tuhan. MKT harap, masyarakat Langkawi mahupun pelancong, patuhilah peraturan jalanraya. Serta jangan cuai semasa memandu kenderaan. Kerana akibat dari kemalangan itu, amatlah teruk.

P/S dari MKT : MKT lihat terlalu banyak penduduk-penduduk Langkawi mengabaikan tentang keselamatan apabila memandu. Naik motor tidak memakai helmet, pandu kereta terlalu berhati-hati hinggakan menyusahkan pemandu kenderaan di belakangnya dan lain-lain lagi..Pihak berkuasa tidak memantau ker?...

4 ulasan:

Anonymous said...

hang silap kot...kami di Langkawi ni sememangnya menyedari hal sebegini. utk pengetahuan kebanyakang yg dok bawak masalah ni pemanduan ni pelancong-pelancong yang dok mai menyewa kereta. mungkin yang ini kebetulan sahaja yang melibatkan orang Langkawi. yg dok melibatkan pelancong sebenarnya ramai. nak tanya le tempat hang sendiri takdak ke org tempatan yg terlibat dalam kemalangan???

Unknown said...

Ehh...salah ker MKT nak tegur? Awat? Org Langkawi sudah x boleh nk terima teguran ker? MKT tegur pun sebab prihatin bukannya dengki atau irihati...salah ker MKT?

Anonymous said...

weh MKT tu org langkawi la......

Unknown said...

bukan itu sahaja...org alor setar pn ada, pdg terap pn ada, sg petani pn ada...

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.