Assalamualaikum...
![]() |
BERSIH DULU DIRI, SEBELUM BERSIHKAN ORANG LAIN |
Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat ialah Menteri Besar Kelantan yang memerintah selama lebih dari 20 tahun. Regimnya sememangnya cukup berkuasa. Tidak perlu menggunakan pihak berkuasa ataupun tentera untuk mengawal negerinya itu. Cukup sekadar menyelewengkan hukum-hukum yang tertera didalam Al-Quran.
Terbaru, terdengar perkhabaran dari Timur mengatakan yang beliau masih lagi akan bertanding sebagai calon Pilihanraya Umum yang bakal menjelang tatlama lagi. Adakah sudah kehabisan calon-calon dari PAS yang benar-benar layak untuk mengantikan tempat beliau?
Alasan yang diberikan kepada rakyat adalah alasan lapuk dimana kononnya ada suara-suara pihak atasan PAS menghalang beliau dari bersara. Lupakah beliau atau ahli-ahli PAS yang umurnya sudahpun menjangkau ke 81 tahun? Sebelum ini beliau lantang mengkritik mantan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir dengan fitnah akan memegang tampuk Perdana Menteri sehingga ajal menjelang. Rupa-rupanya beliau telah menjilat kembali lendir kahak yang diludahkannya dahulu. Bak pepatah Melayu, PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG RUPANYA DIA YANG LEBIH.

Peringatan dari manusia pula, bukankah ada blogger pro pembangkang sendiri telah bertindak menasihati beliau supaya tidak perlu bertanding? baca sini...
Oleh yang demikian, MKT pun berharap agar Nik Aziz dapat bermuhasabah diri. Jangan calarkan imej Ulama' disebabkan mengejar dunia politik yang kotor ini.
0 ulasan:
Post a Comment