.

.

Pages

APA PULA JAWAPAN DARI JUAK-JUAK PAS?

Thursday, February 16, 2012

Assalamualaikum...
"Kehadiran Datuk Seri Najib Razak pada sambutan Thaipussam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak" kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri untuk bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan adat.
sumber Berita Harian


MKT berasa syukur di atas penerangan tersebut kerana sebelum ini juak-juak PAS asyik tahu mencari kesalahan terhadap Perdana Menteri sedangkan mereka juga tidak mengetahui segala kebenaran yang sebenar.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan PAS di Perak semasa sambutan Thaipussam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera PAS seolah-olah redha dengan orang yang melakukan kufur.

Selama ini juak-juak PAS menolak mentah-mentah mengenai apa jua teguran mufti Perak itu apabila pemimpin mereka membuat sebarang kesalahan tetapi berlainan pula bila teguran itu ditujukan kepada pemimpin UMNO. 

Sekarang MKT ingin bertanya kepada juak-juak PAS, sebelum ini kamu mengakui teguran mufti mengenai Sambutan Thaipussam, sekarang apabila beliau menjelaskan ianya tidak menyalahi dengan hukum syarak, adakah kamu mahu mengakuinya?

MKT harap janganlah ada segelintir rakyat yang terpengaruh dengan cara-cara permainan PAS, PKR dan DAP ini. Tiada satu pun kebaikan yang diturunkan apabila mereka mengutarakan sesuatu isu. Kerana dikhuatiri akan jatuh pula bersubahat membesarkan FITNAH.

Renung-renungkanlah...

P/S dari MKT : Sebab itulah dari dahulu hingga sekarang MKT tidak pernah jatuh hatipun kepada perjuangan PAS, PKR dan DAP. Ketiga-tiga parti ini adalah umpama MAHARAJA FITNAH dan PEMBOHONG...

1 ulasan:

Anonymous said...

yeah.. wa salute lu mkt.. aq pown anti pakatan haram nie gak.. smoge Allah terus mmberkati PM kite n BN.. idop UMNO!!!

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.