.

.

Pages

RAMALAN YANG PALSU DAN HARAPAN YANG PALSU

Thursday, February 16, 2012

Assalamualaikum...

Semalam bertempat di Bangkok, Ketua Pembangkang kegilaan juak-juak PR telah membuat satu ramalan mengenai tarikh Pilihanraya ke 13 dimana menurut beliau akan diadakan sekitar bulan Mei ataupun Jun 2012. Ini adalah kerana beliau dikatakan sudah boleh membaca fikiran mereka kerana beliau adalah sebahagian daripada mereka. 

Siapakah mereka itu? Sudah tentunya dikalangan pemimpin UMNO semasa era mantan Perdana Menteri Malaysia yang dahulu iaitu Tun Mahathir Mohammed. 

Pada pendapat MKT, beliau ini sebenarnya adalah seorang yang gila kuasa. Tidak cukup dengan segala yang ada. Ada isteri dicarinya China Doll dan Siam Doll. Ada wanita yang sempurna dicarinya pula lelaki. Sekarang dengan ramalan-ramalan yang sudah tentunya meleset sama sekali.

Mungkin para pembaca masih ingat sudah berapa banyak ramalan mengenai PRU -13 yang telah diramalkan sejak dari 2 tahun yang lepas. Seingat MKT ianya sudah 3 kali dan satu pun tidak menepati ramalannya. Ini membawa maksud beliau bukanlah seorang peramal yang hebat. Bukan seorang yang boleh 'view future vision' seperti sesetengah pemimpin hebat di seluruh dunia. MKT pun naik hairan mengapa beliau boleh digelar sebagai Anugerah Tuhan walhal tiada satu pun faedah yang boleh digunapakai oleh kebanyakkan rakyat. Mungkin ianya tampak hebat di mata penyokong taksub beliau dimana kesemuanya telahpun dikaburi oleh taburan duit yang tidak pernah putus dari beliau. 


0 ulasan:

Post a Comment

 
© Copyright 2010-2011 Melayu Kedah Terakhir All Rights Reserved.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.