Assalamualaikum...
Bila terdengar sahaja muzik video terbaru dari Busta Rhymes bertajuk 'Arab Money' mengelegak juga darah mendidih kerana marah. Sepatutnya golongan-golongan ini janganlah mempersendakan Islam terutamanya bila ianya melibatkan pembacaan Bismillah dan awal Surah Al-Fatihah. Jika golongan-golongan ini berada di Malaysia, MKT rasa sudah lama mengadap Tuhannya dikerjakan oleh masyarakat kita.
Tetapi bila MKT fikir-fikirkan kembali mengapa golongan ini begitu berani mempersendakan agama Islam mungkin ada benarnya juga segala perbuatan mereka itu. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai sejauhmana pendapat MKT berkenaan muzik video ini. ARAB MONEY MUSIC VIDS
Masyarakat Islam di seluruh dunia sendiri begitu marah apabila penganut agama yang lain menghina baginda Rasulullah dan Islam tetapi pernahkah masyarakat Islam di seluruh dunia mencela diri sendiri kerana segala yang berlaku sekarang adalah berpunca dari umat Islam sendiri. Umat Islam sendiri yang mula-mula menghina agamanya.
Jika umat Islam seluruh dunia menghormati agamanya adalah mustahil orang-orang kafir akan berani menghina Islam.
Cuba bayangkan berapa banyak pencanggahan pendapat antara ulama-ulama, sheikh-sheikh, ilmuwan bahkan mazhab. Hakikatnya Tuhan kita adalah satu, Rasul pun satu dan agama pun satu tetapi mengapa begitu banyak pencanggahan di dalam Islam? Kita tidak perlu melihat keluar negara untuk membuktikan dakwaan MKT ini. Cukup sekadar di dalam negara.
Cuba para pembaca mengimbau kembali bagaimana fatwa/amanat yang tersohor yang dikeluarkan dari mulut seorang yang digelar sebagai Tok Guru. Rasanya tidak ada satupun ayat dari dalam Al-Quran mahupun hadis yang mengkafirkan sesama umat Islam hanya kerana perbezaan politik.
Bagaimana pula dengan facebooker Sitt Al-Wuzarra? Seorang yang mengakui Islam tetapi memaki Tuhan, Rasulullah dan agamanya sendiri. Apakah tindakan pihak yang berkuasa di dalam menangani isu ini? Mengapa sanggup membiarkan golongan yang menghina agama yang diiktiraf di dalam Perlembagaan Malaysia tanpa diambil tindakan?
Kita imbau kembali apabila Jabatan Agama Negeri membuat serbuan ke pusat-pusat hiburan dan merampas berbotol-botol minuman keras dan kita lihat bagaimana Islam dipersendakan apabila Kerajaan Negeri mengarahkan supaya memulangkan segala rampasan haram itu kembali kepada tuannya.
Kita lihat pula artis-artis Melayu yang mulut mengucap syahadah tetapi tubuh dipertontonkan kepada umum seperti yang terdapat di dalam sebuah majalah di negara seberang laut. Inikah contoh Muslimah Islam yang akan menjadi idola?
Sekarang siapakah yang menghina Islam? Bukankah ianya berpunca dari umat Islam sendiri?
4 ulasan:
kudos...kalau tak terasa tak taulah..hak asasi rakyat dah kat malaysia ni allah boleh kongsi2 dengan kristian
Sebab itulah MKT suarakan permasalahan ini utk dikongsi bersama. Bukannya taw menuding jari kepada yg lain ja
yg ada kuasa xreti guna kuasa. hanya reti curi duit rakyat untuk bina empayar kaya-raya.
5 sifat org munafik sudah memadai menjawab permasalahan MKT
xpergi sembahyang jumaat 3 kali berturut tanpa sebab yg munasabah juga boleh murtad.
MKT xperlu nak tunjuk HERO. p cadang kat NAJIB laksanakan hukum ISLAM. xperlu salahkan org laen. LOL
Err...ada kena mengena ker dgn isu diatas? Ini bukannya kena mengena dgn politik tetapi kemashalatan umat Islam... Klu setakat laksana hudud sekalipun tetapi umat Islam masih lagi dok mencerca agamanya sendiri, nk wat apa?
Post a Comment