Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahrom hari ini mendakwa beliau mempunyai saksi bagi membuktikannya tidak bersalah atas dakwaan khalwat dengan isteri orang di Kuantan pada Sabtu.
Assalamualaikum...
Seperti biasa dan mengikut jejak langkah Ketua Umumnya, Ustaz Badrol Amin akan tetap menafikan tuduhan berkhalwat yang dikenakan keatasnya pada jam 3.00 pagi di salah sebuah hotel di Pahang baru-baru ini.
MKT berpendapat Ustaz Badrol Amin tidak bersalah kerana beliau juga ada saksi-saksi dan beliau juga ditahan oleh JAIP semasa seorangan di dalam bilik itu bertemankan seramai 20 orang lelaki bukannya isteri orang. Ishkkk...media-media dan JAIP ni sengaja jer hendak menjatuhkan karier politik beliau.
Ello...brother, persoalan yang MKT dan rakan-rakan media bangkitkan adalah mengapa boleh pergi berjumpa dengan isteri orang itu pada jam 3.00 pagi dalam keadaan yang sememangnya boleh mendatangkan syak? Sebelum tangkapan oleh suami wanita itu, dikhabarkan pintu biliknya ditutup dan sudah pastinya yang ada di dalam bilik itu hanyalah 3 orang sahaja iaitu Ustaz Badrol Amin, isteri orang bersama anaknya sahaja. Selepas itu ditambah pula dengan cerita 20 orang memukulnya?Jika benar beliau telah dipukul, mengapa tiada satupun laporan polis telah dibuat mengenainya?
MKT ingin bertanya kepada Ustaz, kanak-kanak yang belum baligh tu, layak ker menjadi saksi di dalam hukuman Syariah? Adakah tindakan JAIP menghalang zina berlaku itu satu kesalahan? Adakah perlu JAIP atau si suami wanita tunggu perbuatan zina sudah berlaku baru hendak ditangkap? Jangan lupa Ustaz, kamu itu di dakwa atas kesalahan berkhalwat, bukannya berzina.
Segala penafian kamu itu merujuk keadaan kamu sedang/telah melakukan zina. Bukannya berdua-dua-an didalam syak.
P/S dari MKT : Akan adalah beberapa orang saksi 'beli' dari PKR yang akan timbul nanti...Tunggu je lah....
1 ulasan:
MEMANG PON.. KALAU JAIP BOLEH MENGADAKAN 20 SAKSI YANG MELIHAT KES KHALWAT OSTAD BADROL, OSTAD BADROL BOLEH MENYEDIAKAN 20 RIBU SAKSI YANG TIDAK MELIHAT BELIAU BERKHALWAT... SEKARANG SIAPA YANG MENANG? HA HA HA HA!!!!!
Post a Comment