Assalamualaikum...
Ini ada lagi seorang bangang dari PKR yang membuatkan MKT berasa menyampah yang amat-amat sangat. Baru saja mendapat gelaran Datuk, rasa macam pegang dunia. Mengikut kenyataan dari Malaysiakini, Datuk Saifuddin Nasution cuba membuat pusingan 'U' yang agak keterlaluan didalam isu sokongan terhadap Kerajaan Palestin.
Kerajaan BN tidak pernah memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin tetapi sebaliknya dasar negara selama ini sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara itu, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Sehubungan itu, beliau membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim "bersifat talam dua muka" kerana menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha melindungi keselamatan Israel.
“Apakah Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?” soalnya dalam satu kenyataan media, lewat malam tadi.
Aduhh...Hanya kerana satu perkara terpencil boleh dijadikan isu yang besar. Sepatutnya beliau perlu menyemak /mengimbas kembali berapa banyak sokongan atau bantuan yang telah Kerajaan Malaysia berikan kepada rakyat Palestin.
Sekarang MKT hendak bertanya, sudah berapa banyakkah bantuan yang PKR telah sumbangkan kepada rakyat Palestin? Jika hendak dibandingkan dengan Kerajaan dan Ngo-Ngo di negara ini, rasanya...tidak ada langsung. PKR hanya boleh beri air liur sahaja. Samalah keadaannya seperti di negara ini, yang boleh dikatakan setiap hari PKR bagi rakyat Malaysia makan air liur dari pemimpin mereka sahaja di atas pentas ceramah. Tiada satu pun agenda pembangunan yang boleh dibanggakan.
Salah satu bukti yang jelas Malaysia dibawah pentadbiran UMNO/BN tidak menyokong Israel kita boleh semak kembali negara-negara yang boleh dilawati kecuali Israel. Jelas tertera di dalam setiap pasport Malaysia. PKR hendak spin apa lagi?
P/S dari MKT : PKR ingat rakyat Malaysia dan Palestin itu boleh hidup ke sekadar guna air liur basi pemimpin-pemimpin PKR tu?
0 ulasan:
Post a Comment